Pada Zaman Dahulu

 
Ini bukan post tentang cerita animasi Pada Zaman Dahulu kegemaran Iman dan Surayya selepas Upin Ipin dan Boboiboy. animasi ni bagus sebab bagi teladan Sang kacil dan kawan rimbanya. generasi saya mungkin biasa dengan cerita sebegini namun bagus juga animasi sebegini ada lagi pada alaf serba baharu ni. setidak-tidaknya, anak-anak ada pilihan nak menonton selain Ben Ten dan renung I-Pad..opssss

yang saya terfikir ialah sesuatu yang berkaitan juga dengan satu cerita pada zaman dahulu. buat saya tersenyum juga. ceritanya tentang minum air zam-zam.

teringat zaman kanak-kanak di mana tidak seperti sekarang, air zam-zam mudah didapati. dulu juga jarang orang buat umrah dalam tempoh setahun, cuma bila tiba musim haji, memang amat terasa akan suasana kampungnya.

bila nak hantar orang tua biasanya naik haji, memang sekampunglah meriahnya. bab bila balik haji lagi best. dapatlah gelang plastik hitam mekah, makan kurma dan kismis. tu pun dah gembira sangat sebagai kanak-kanak.

kalau mak abah ziarah orang balik haji, mesti ajak saya sekali. sambil bersembang pengalaman di mekah, tuan rumah akan hidang kacang-kacang, kismis dan kurma juga air zam-zam dalam teko comel berwarna emas dengan cawan yang juga comel yang dibeli di mekah...

minum air zam-zam ni

bismillah, selawat, niat yang baik-baik

terang hati, mudah belajar!


kata bonda..

saya teguk dengan penuh semangat

secawan comel tu terasa amat memadai

saat itu bagai tergambar ada lampu menyala dalam hati

haaaa, budak-budak la katakan

sekarang dah moden

jarang orang ziarah

encik suami balik umrah baru-baru ni

saya botolkan zam-zam (dalam botol mineral 500ml) dan campuran kurma madinah. jiran dekat saya minta Iman Bell dan distribute.

Iman dibekalkan juga skrip:

"Auntie, abah baru balik umrah, dia suruh bagi auntie air zam-zam dan kurma sikit..." kata iman ikut skrip.

kawan-kawan pejabat yang rapat dan ada yang request pun saya agihkan..

sungguh zaman pantas berubah..

tapi berkat dan zat zam-zam dan Tanah haram tetap akan terjaga, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..