Posts

Showing posts from April, 2012

Pada Zaman Dahulu

Image
sumber


Ini bukan post tentang cerita animasi Pada Zaman Dahulu kegemaran Iman dan Surayya selepas Upin Ipin dan Boboiboy. animasi ni bagus sebab bagi teladan Sang kacil dan kawan rimbanya. generasi saya mungkin biasa dengan cerita sebegini namun bagus juga animasi sebegini ada lagi pada alaf serba baharu ni. setidak-tidaknya, anak-anak ada pilihan nak menonton selain Ben Ten dan renung I-Pad..opssss
yang saya terfikir ialah sesuatu yang berkaitan juga dengan satu cerita pada zaman dahulu. buat saya tersenyum juga. ceritanya tentang minum air zam-zam.
teringat zaman kanak-kanak di mana tidak seperti sekarang, air zam-zam mudah didapati. dulu juga jarang orang buat umrah dalam tempoh setahun, cuma bila tiba musim haji, memang amat terasa akan suasana kampungnya.
bila nak hantar orang tua biasanya naik haji, memang sekampunglah meriahnya. bab bila balik haji lagi best. dapatlah gelang plastik hitam mekah, makan kurma dan kismis. tu pun dah gembira sangat sebagai kanak-kanak.
kalau mak ab…

Wa Ttinni Wa Zzaitun

Image
terkial-kial saya habiskan 3 biji buah zaitun hijau,  itu pun makan bersulam nasi. 
susah betul nak menelan.
 Encik suami pula makan buah zaitun ala makan kacang putih je. al maklum dia lama di Jordan, saya pula lama di Malaysia, orang kampung pulak tu, manalah biasakan,,,
saya mula makan buah zaitun pun sebab encik suami kata zaitun berkhasiat (saya pregnant masa tu dan anemia due to thalasemia = HB rendah!) saya yakin ketika itu, HB saya yang low 6.0 telah menjadi 10.0. doktor pun tanya, apa yang puan makan? saya jawab, buah zaitun, its a miracle, kata doktor, biasanya pengidap thalasemia hanya akan ada di paras maksima 8. Alhamdulillah, saya jawab..
sekembali encik suami dari umrah, saya dapat sebotol buah zaitun, belum sampai sehari, saya dah habiskan setengah botol!
kalau suka tak apalah, makan je,,kata encik suami tersenyum
wattin ni wazzaitun...saya baca surah tin
apa tu kata surayya
buah zaitun ada dalam quran?
tanya surayya
ye, sebab buah ni special
sebab tu Allah sebut dalam qura…

Expect More and Give More

Image
Hasue's
ini adalah post saya yang ke 400. terima kasih kiranya masih ada yang minat baca. takder idea sehingga tengok post resepi kek puding karamel hasue. memang rajin dan tak lokek ilmu. bagi yang nak resepi hasue, klik la sini.

sebab hasue dah cerita resepi, harap nanti bolehlah cuba, tapi bila glide posting blogger kat dashboard (semestinya blogger tegar masak-memasak lah....) saya terfikir..

eem macam-macam resepi sekarang ye
dengan teknologi gambarnya yang cantik
teknik yang pelbagai
blogger yang pelbagai personality
emmmm....kek puding pun dah berevolusi
bukan saja berlapis! siap ada puding karamel pulak kat atas! canggih betul la..
dari kegilaan apam polka dot
ke red velvet
ke pavlova
dah kek puding karamel pulak
maksudnya: semua benda dah jadi super kompleks!!
dalam bab kek saja, kita bukan saja nakkan kek semata tapi nak yang sedap, yang colourful yang kreatif lagi inovatif
taste t inggi kita sekarang ye..
ibaratnya, kita selalu nakkan LEBIH!
semua nak double triple kal…

Cinta Pavlova

Image
apa benda pavlova tu

kata encik suami

cuba google image kat BB

oooo...kata encik suami

apa benda ni ye
saya pun belum pernah cuba
agak-agak jela rasa macamana
lepas explain, encik suami pura-pura faham

kenapa mahal sangat pavlova ni?

tanya encik suami lagi

agaknya bahan-bahan dia special kot

kata saya konon expert

niat dihati..
jomla cari resepi
try buat tengok
encik suami ni spesis yang suka makan
tambah-tambah yang dibuat sendiri
alamak, ni macam nak suruh saya buat je ni
banyak sangat soklannya

saya ni bila datang mood dan keperluan
rajinlah juga buka dapur
bolehlah setakat nak makan

surfing encik google la apa lagi
terjumpa blog gadis manis
lagi pandai masak
juga sangat baik hati
kongsi resepi

terus follow blog dia
ini dia cik Irmalondon
saya minta izin artikel/resepi dia..
dan gambar kat atas tu, Irma yang punya!
baik kan dia?

ini resepi Irma
lepas baca, boleh tempah dengan Irma
harganya memang best
dan saya yakin, SEDAP!

bukan itu sahaja
Irma ni banyak kepakaran
tengok di blo…

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun...

Image
sungguh manusia ni ada macam-macam ragam. sebagai ahli Sosiologi, saya sendiri gagal menepis pelbagai mehnah berdepan dengan pelbagai karenah ragam manusia.

nampaknya, ada amalan yang perlu dihidupkan semula...

Bacaan ma'thurat dan khususnya surah Ar-Rahman..

ternampak di planner pejabat pagi ni...

"Jadilah Seperti Pohon kayu Yang lebat Buahnya,
Tumbuh Di tepi jalan,
Dilempar Orang Dengan Batu
Tatapi Dibalas Dengan Buah"
Maha Suci Allah!