Tembok Itu Hati Kita???


patutlah...
ada ustazah hatta menyaman jirannya
dek kerana karenah kejiranan..
dek kerana rumput karpet ditaburi simen

nasib baiklah rumput kami tidak karpet
(kalau tak, mahu juga masuk mahkamah...hahaha)
jadilah jiran yang baik...
bisik hati kecil
biarlah....

tapi sakit mata ni mengundang sakitnya hati
siapa punya pagar ni?
sana punya construction
sini tanah ditimbun
sana clean and lean
sakit processor hati run system yang dari tadi
not responding..dan hanged!

berbelah bagi
memanglah pagar tu projek jiran
hidup sebelah menyebelah
hakikatnya
pagarmu akan jadi pagarku jua

tapi tiadakah komunikasi?
hati penat berfikir

last-last kami biarkan saja
mata kadang malas memandang
dek takut jiran pula terasa
tapi salah siapa sebenarnya

biarlah,,,bukanlah mencari salah
tapi hati rasa bersalah
nak memberi respon betul pada benda salah

biarlah kita pakat faham
non-verbal communication ye
dia anggap kita faham
dan kita buat-buat faham

yang penting, tembok telah tersergam!
mengapa bina tembok??
tembok Berlin, tembok Besar..
macam tujuan pembahagian kawasan dan pertahanan bukan?

tapi dalam kes rumah kediaman
mungkin sebab keselamatan...
dan kecantikan...
saya faham..(tunduk...)

janganlah kiranya tembok itu
memisahkan hati kita
walau hakikat fizikal sudah dihalang

biarlah utuh tembok itu
demi kebaikan...
doanya..begitulah.....
buat renungan...

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..