Taburan Bunga Durian Di Tepian Lebuh

sumber


laaaaama tidak berbloging
dulu hampir setiap hari ada saja posting
almaklum, dikejar kesibukan tidak terhingga
Alhamduillah berkat ihsanNya juga, boleh lagi bersuara

lama berhasrat nak post
kisah laluan rutin harian
yang memang menarik perhatian

usai keluar ke lebuhraya Seremban
ke exit putra mahkota
sebelum r&r
sebelah kiri anda pasti ternampak
pohonan hijau redup
menganjur ke tepian lebuh
sah...memang itu dusun buah
(kepunyaan orang)
namun kutahu musim ini pasti datang

berbunga juga hati bila nampak
taburan bunga durian
cantik bagai potpuri di katil pengantin

di mana ada dahan durian
disitu ada tompokan bunga durian yang gugur

senyum teringatkan
bila tiba satu musim lagi tiba
putik dan seterusnya buah durian akan kelihatan

malah lebih best
ada yang berguguran jatuh di tepi lebuh
sungguh!
tika itu pasti ada yang lebih menarik!
ada penggguna lebuh terutama motorist
berhenti ditepian
nikmati durian runtuh!
fresh and FREE!

pasti saat itu
kusenyum lagi
(sambil geleng kepala...ish ish ish)

p/s: baru tahu bunga durian boleh dibuat masak asam, sambal sotong dan masak lemak. sungguh meriah rezeki Allah!

p/s: musim cuti sekolah dah tibe, moh ke Langkawi, cuti-cuti malaysia. jumpa saya di Langkawi Blaque Villa Homestay ya!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..