musim menuai cinta


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."

(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

baca lagi di sini...

kita biasa dengan sabda baginda di atas, tapi biasa juga lupa, tapi kadang-kadang kita diingatkan bilamana kita lalui saat sakit, sempit, sibuk dan mati?

takkan hingga saat kematian kita baru nak beringat? mode:insaf

saat ini, seakan saat sakit, sibuk dan sempit mendominasi

moga Allah mengurniakan kemudahan dalam semua ini..

bila sakit...semua tidak menjadi

kerja banyak pending..
jadi sibuk akan bertandang sedikit masa lagi
serta hidup akan terasa sempit tika itu...

tapi kucuba lihat sinar dibalik awan..

pasti ada hikmah semua ini

pasti Allah janjikan pelangi indah buat ingatan

pasti Dia mahukanku lebih dekat denganNya

pasti ini mmusimku menuai cinta..

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..