lasagne pening


lasagna
4 keping lasagna direbus lembut..ketepikan

sambal daging

tumis 1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
masukkan daging/ayam kisar Ramly
biar peroi dan masak dagingnya
masukkan satu botol sos spageti kimbal
kacau rata, tambah garam secukup rasa...selesai

sos putih

cairkan 4 s/b mentega
masukkan 4 s/b tepung gandum
masukkan 3 cawan susu segar
masukkan 2 biji telur dipukul
masukkan setengah buku keju cheddar diparut
...dikacau berterusan hingga berupa krim putih pekat...selesai

ratakan sambal daging, sos putih dan lasagna
ulang untuk lapisan seterusnya
lapisan atas pastikan sos putih dengan parutan keju mozarela
tabur sedikit oregano

set oven 180
api atas bawah
bakar selama 30 minit

>kenapa lasagne pening? sebab pening2 pun boleh buat, senang!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..