Selayaknya Syurga Di Sana...


jaganya cemas, tidurnya tak lena, asal bergerak perlu berhati-hati, supaya yang di dalam terjaga. hatta apa dibuat, dicakap, dilihat dan dimakan, semuanya ada cara, ada petua ada segalanya.

keluh kesah ibu kufaham. kala trimester pertama, terasa mengah, panas, loya, ada benda di tekak rasa bagai tidak terluah, nak keluar tidak, masuk pun tidak, bagai tersekat ditengah.

kadang kata terluah juga,

aduh....
alahai...
Allah.....

nak diluahkan rasa, kadang tak terluah apa dirasa, mungkin cakap..

.mama penat la rini abah,,,

setakat itu luahan, selebihnya badan menahan..atau ditelan saja keseluruhan

badan rasa bagai sakit keseluruhan, kadang ada bergurau,,,begitulah buatan orang. boleh begitu, pada saya ia bukan, ia adalah REZEKI TUHAN!

ada pula yang stail alahan, asal dimakan semua dikeluarkan, sampai lembik, tak mahu makan lagi. ada dikata mengada-ngada?alahai kesian....takkan ngada-ngada nak muntah?kalau diberi pilihan, tak mahu der...penat!tekak macam tersagat!

kufaham rezeki ini anugerah, bagi yang tabah...banyak pahala anugerah Allah. bagi segala keluh kesah yang pasti ada ganjaran. hargailah...

dan sungguhlah dan selayaknyalah syurga itu di sana

syurga di bawak telapak kaki ibu.....

best regards:roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..