Selamat hari Lahir Cinta...

post ni tiada kena mengena dengan sambutan Hari kekasih. cuma ianya sambutan merai hari lahir cinta hati saya, encik suami yang ke 35 tahun. sebenarnya sebulan dua ni memang on off kesihatan saya. maklumlah, orang perempuan, banyak on of nya.

buat kek?memang lamaaaaa sangat dah tak buat!ada waktu dan ketika tu sampai hari-hari bakar kek. tapi kali ni memang dah lama benar tak buat kek. tapi dah berazam, walau tak larat, tahun ni, instead of beli je, nak buat kek bufday encik suami sendiri.

lepas encik suami ke kelas Sabtu itu hari, mulalah masuk dapur, bahan semua dah ada, apa lagi, buka buku resepi lah..almaklum, bukannya terror, ikut je resepi ilham cipta sahabat-sahabat blogger.

macam nilah jadinya kek itu, choc moist seadanya..

selamat hari lahir cintaku
moga dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
amin...

ohw...resepi ya

kek coklat Cinta

bahan a

1 cawan gula pasir
1 cawan minyak sayuran
1 cawn serbuk koko
1 cawan susu cair
1 s/t esen vanila

*dipanaskan di atas api kecil sehingga gula larut

bahan b

2 biji telur ayam dipukul kembang

bahan c

2 cawn gandum
1 1/2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat

*diayak

cara-cara penyatuan


bahan a + bahan b + bahan c secara sikit-sikit dan berturutan

bakar dalam ketuhar suhu 180 atas dan bawah selama +- 40 minit

angkat sejukkan

topping coklat

1 cawan susu pekat
2 s/b minyak sayuran
3 s/b serbuk koko

dipanas, dikacau atas api perlahan sehingga sebati

tuangkan atas dan tepi kek

parut choc bar

sapu jelah kat tepi kek

letak edible love shape sugar kat atas

siap...


selamat hari lahir cinta: roselangkawi@blaque villa langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..