Sambut Valentine adalah WAJIB?


terkejut bukan??anda tidak keseorangan, dalam isu Valentine's day yang kononya hangat setiap tahun menjelang 14 Februari (bagi golongan tertentu), pernah saya dijemput sebagai panel forum mahasiswa sedikit masa lalu.

sahabat panel saya bukan calang-calang penceramah, memang disegani dengan ceramahnya yang best. bila forum bermula, saya lebih mengupas daripada perspektif psiko-sosial memandangkan itu ialah bidang saya.

bila sampai bab hukum, terus moderator bertanya:

ustaz, apa hukumnya menyambut valentine's Day ni?

ustaz menjawab selamba..
Justify Full
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH WAJIB DOT DOT DOT...

aish? biar betul ustaz ni getus hati saya

atau saya salah dengar ni?

tak matching lah dengan hukum asal yang saya faham saya berbisik

saya ulang semula...kata ustaz

ayat saya belum habis lagi...

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH WAJIB DITINGGALKAN!

fuh...lega....macam suspen la pulak

mahasiswa/wi yang mendengar seakan terpaku, nak gelak macam tak lawak tapi kelakar jugak cara sahabat panel saya tarik perhatian. iyelah jika cakap sambut valentine adalah HARAM! tentu ramai yang enggan mendengar atau buat-buat tak dengar kan?kalau dengar dan tahu, macam buat-buat lupa gitu...

jadi jelas, hukum menyambut Valentine adalah WAJIB DITINGGALKAN!

SEKIAN!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..