Nasi Lemak 0.0


Mungkin dah tua agaknya. semakin hari makin cerewet tentang banyak hal. adakah spec kualiti kontrol saya sudah meningkat atau memang spec kualiti barang/servis yang turun???

cerita tentang nasi lemak pun dah cukup menggambarkan cerita ni.

maaf cakap, saya sendiri sejak kecik bantu bonda jual nasi lemak. bonda memang rigid dari soal penyediaan bahan, masak memasak dan presentation. kalau tak, masakan setiap hari kerja saya ialah potong cili kering, perisi ikan bilis, lap dan potong daun pisang? haa tu baru sikit ye

setiap bahan disedia dan dimasak fresh specially untuk hari itu sahaja. dan bonda memang jaga kualiti. bayangkan saya dikejutkan sebelum subuh lagi bukan oleh bonda tapi dek haruman nasik tanak berbau pandan yang bonda masak.

bayangkan bila mula isi nasik lemak bonda dalam bakul. bau daun pisangnya memang harum, cara isi dalam bakul pun bukan main campak je. kene hormat, kata bonda. tapi sekarang, nape ada nasik lemak daun pisang, tapi tak pula bau daun pisangnya??pulak tu, daun pisang tak dibasuh, jauh sekali dilap...sungguh dunia telah jauh berubah...dunia nasik lemak

bukanlah nasik lemak tu like heaven maksud saya. tapi kalau betul niat dan caranya, memang 30thn lah bertahan bisnes bonda hingga bonda pilih sendiri untuk bersara dek dah berusia.namun kami selalu merindui nasik lemak bonda yang ikhlas itu...

nasik lemak sekarang ni?saya label sebagai nasi lemak 0.0!

sungguh menyedihkan. dah lah mahal, nasiknya?bukan kata tak bau santan, pandan pun tarak!ni baru cerita basic tentang nasik lemak. sebab tu nama dia nasik lemak. ia perlu lemak kerana santan!

sambal?boleh saya kata, ia adalah sambal recycle!silap haribulan makan, sakit perut!seminggu punya panas semula, itu pun kalau seminggulah...

ikan bilis?kalau nasib baik, ada yg dah insert in dlm sambal, itu pun 1 dalam seribu bilisnya, dahtu low gred punya da..yang besar, hapak dan berhampas punya bilis. kan ada yang come sikit kualitinya. kot ye pun nak untung....

lebih tragis, bilis di goreng dan dicampur dengan kacang tanah goreng. all in one gitu..apa nak jadi. belum cerita yang sambalnya ada bawang saja, banyak pulak tu. jadi bukanlah sambal bilis, tapi sambal bawang...huuuu

ada yang konon letak extra lauk, paru, telur ayam rebus/goreng, daging dan bagai..tapi nak makan ayam goreng saja, kenapa tak fesh ye, rasa macam nak niaga pagi ni, digoreng malam tadi punya....apa nak dikata...

tengok nasi di ilustrasi di atas. itu hidangan nasi di Jepun ye tuan-puan, sampai begitu presentationnya. nasi lemak kita?ada nasi lemak antarabangsa kan? tapi betulkah antarabangsa???

mode:merindu nasik lemak bonda....

roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..