Mengapa Awak mengembang?


susah payah dua orang sahabat menahan kancil saya di tengah-tengah lorong mengahala ke pejabat. muka mereka macam ada isu, getus hati saya..

treeeetttt...power window saya buka lantas memberhentikan kancil EZ850 saya ditengah-tengah jalan.

cek mirror, ok takder kereta lain yang q dan saya tak blok laluan

dengan nada gembira tanpa rasa bersalah sahabat A bertanya

"kenapa awak mengembang?"

belum sempat saya bernafas...

sahabat B mencelah

"a ah la, ritu macam mengecut"

kata A lagi

"orang lain semua mengecut, awak pulak mengembang"

saya faham maksud mereka, walau menahan kelat dimuka sebab dah rasa macam belon pulak, mengembang dan mengecut.

saya jawab dengan nada sedikit open tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu

"hehehhe, hidup kan perlukan perkembangan...."

lantas cuba palitkan sedikit senyuman, tutup power window dan angkat pedal break..jalan!

saya mula menerawang jauh..

RAMAI orang yang reflect pada luaran/fizikal

SEDIKIT yang reflect dalaman

kalau saya, saya takkan komen orang pada aspek luaran
kerana kebanyakkannya takkan suka kalau kita cakap

"eehh berisinya awak"
"montelnya awak"
"nampak pucat harini?"
"ada masalah ye"

paling tidak, cubalah lebih optimist sikit

"awak nampak comel hari ni"
"ceria nampak"
"wah, berseri-seri"

paling tidak..

"dah makan?"
"kalau belum, jom saya belanja"

kan best?

kalau saya, mudah saja

"sihat hari ni?"
"pekabar"
"anak sihat"
"nak masak apa petang nanti?"..hahahah kan lebih fleksibel gitu

tapi takpe, saya anggap 2 ayat sahabat tadi ikhlas..

ya saya memang mengembang, sebab saya memang spesies kembang pun...
dan saya sihat, alhamdulillah..

soalan: agak-agak sahabat sahabat tadi suka tak kalau saya tanya soalan yang sama pada mereka?

salam manis dan kembang: roselangkawi=)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..