Melankolik Cinta Februari


kita lebih tahu
tentang apa ada di februari ini
kita lebih tahu akan ada cuti berganda lagi
satu cuti Thaipusam
ah..sungguh pluralistik negaraku
cuti-cuti Malaysia lagi

februari ini
kita juga tahu
kita lebih selesa
ibarat common sense sahaja
ada Hari Kekasih
Valentine's day
hari kasih sayang

tapi kita tidak endah
tidak tahu
tidak kisah
pada februari
ada Rabiulawal
ulangtahun kelahiran
JUNJUNGAN BESAR NABI KITA
MUHAMMAD YANG DISAYANGI

cukuplah tidak mengingati
cukuplah tidak mengendah
bukan diminta kek seluas tanah
tidak diminta lilin sebesar rumah

cukuplah sekadar
mengenang Baginda
Berselawat buat baginda serta keluarga
dan
mengambil iktibar
dan mohon Syafaat baginda...

boleh kupinjam sekelumit dibenak fikirmu
untuk Kekasih Umat ini bertahta
walau sedetik cuma..

Selawat dan Salam buat kekasih Allah!
sesungguhnya daku juga amat mengasihimu...Muhammad SAW

...Rabiulawal, Roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..