Lessons On Love


I will Always Love You..ini ialah cinta sebagai tragedi. semua dalam hidup ini adalah kerana cinta. lewat ini ramai sedang sibuk bercerita tentang isu hari kekasih. juga tentang cinta. dunia tanpa cinta akan sunyi bukan?

Whitney Houston yang mendendangkan lagu-lagu cinta turut menjadi siulan saya yang mendengar. tanpa sedar, rupanya liriknya pun saya hafal,walau saya bukanlah diehard fan pun. boleh tahan ya implikasi Cinta ini. tapi saya mengaku, vokal Houston memang sedap!memang Queen of Pop! Allah memang kurniakan kita pelbagai kelebihan berbanding yang lain...

khabarnya Houston mati mengejut di Hotel sebelum Grammy award..dilingkari masalah ketagihan dadah dan masalah. khabarnya juga dia mengalami maslah peti suara/mungkin akibat dari penagihan dadah dan beliau tidak dapat nak reach high note/key yang menjadi ulaman sebelum ni.

nah...mungkin tertekan, sebab itu adalah kehidupannya..tanpa suara kurniaan itu bermakna, tiadalah kehidupan!lldengan suara dia dipuja, dengan suara dia gembira, dengan suara dialah segalanya..namun setiap yang hidup akan mati juga bukan?itu adalah janji..walau sehebat mana kita di muka bumi Allah ini, kita pasti akan pergi!

ini adalah secebis kisah kita, cinta dan kehidupan. saya insaf!insaf untuk menggunakan semua amanah Allah hanya untuk mencapai cinta hakiki!milik Allah!semua amanah hanyalah pinjaman sementara, bukanlah milik abadi, semuanya datang dariNya, dan kepadaNyala kita kembali...

Comments

  1. nana xkenal pn whitney houtson tu...huhu....

    nana suka dgr lagu2 melayu gitu:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..