Kuih Pelangi Cinta


wah...post ni sebenarnya anti-climax sebab kuihnya tak buat lagi tapi resepi dah keluar. selain dapur mat gebu, dapur Cida selalu juga saya jenguk dek posting resepinya yang humble lagi mabeles. pulak tu resepinya tidaklah ideal sangat sampai susah nak cari bahan dan cara buatnya mak ai!kalau gitu, elok dipandang sajalah..

tapi dapur Cida ni best sebab dia ikhlas dan enjoy share apa yang dibuat kat dapur. tak percaya?percayalah!!cuba jenguk dapur Cida ni...(thanx for the recipe)

ni resepi kuih lapis idaman hati saya yang akan dibuat berdasarkan copy-paste resepi dari dapur Cida...sounds simple dan mampu buat, cuma belum buat-buat lagi, InsyaAllah, kita share dulu resepinya:

Bahan bahan
2 cawan santan 2 sudu makan tepung beras 2 sudu makan tepung kastard 1 cawan tepung gandum 1/2 cwn gula pasir 1 sudu teh garam halus pewarna :merah hijau ,ungu dan kuning
*tambah 1/2 sudu teh esen pandan utk bau yg haruummmm Cara cara 1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati tapiskan 2.kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian warna 3.masukkan satu senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus 5 minit 4.lapiskan satu senduk warna hijau dan seterusnya warna unggu dan warna kuning 5.ulangi sehingga habis dan kukus hingga masak ( kukus dalam 10 mnt, kalo guna loyang, mungkin 15 mnt sesuai kot)

mengapa nama kuih pelangi cinta? sebab kuih ni kalau makan dan sedap pula memang cepat hilang, macam pelangi, cantik dan cepat hilang.

dulu-dulu enjoy makan kuih ni, lapis by lapis dan memang ingat,,"mesti susah buat benda ni"
tapi kalau kena gaya resepinya macam Cida bagi, insyaAllah, menjadi!


roselangkawi:kalau buat kuih ni bagi mak metua memang mabeles!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..