Kucuba Neutralkan Renungan Itu...


kata orang, never judge a book by its cover, manusia juga tidak dinilai dari luaran di sisi tuhannya melainkan iman dan taqwa.....wahhhh

menyedari hakikat itu, kucuba dahulu dengan eksperimen diri sendiri supaya tidak menilai hanya luaran, kenal dulu dan cinta...wahhhh, tak kenal maka tak cinta bukan.

terbias juga perasaan tatkala hantar Iman dan Surayya ke Court Volley Ball, iyelah, namanya pun tempat sukan, saya akur, tapi saya berpakaian nak ke kelas, maklumlah,,nak mengajar, takkan nak pakai pakaian sukan pulak.

ok dengan cara berpakaian mungkin ramai yang fikir..ah dia ni mesti drop by je ni, not belong to the event je..itu betul dan saya tak kisah.

TAPI yang terbias perasaan ni bila saya perasan ada mata menjeling dan seakan panas punggung...saya kira mungkin pelik tak pernah tengok saya berpakaian begitu (saya maksudkan kawan-kawan yang dah kenal saya).

saya pakai jubah moden dan bertudung swing agak labuh paras pinggang, saya kira dah cukup ranggi bagi saya yang jenis bertudung..hahahha

tapi tak payah lah bagi renungan yang saya ni pelik ok....nampak macam mereka dah letak label di dahi saya. NO CLASS! saya perasan atau perasaan semata-mata saya kurang pasti. adakah bertudung ni konservatif?low class?no class??

patutnya saya kira, saya yang harus beri renungan sedemikian kepada mereka, tak payahlah saya describe pula apa yang mereka pakai sebab bukan soal pakaian yang saya cuba ceritakan...

CUMA just be FAIR dan jangan double standard!saya selesa dengan apa yang saya fikir betul dan saya juga hormat apa yang anda fikir anda betul. saya selesa melihat anda begitu dan moga anda juga selesa melihat saya begini..

cuba kita cuba get together, jangan letakkan gap dengan ber benchmark kan luaran/fizikal or even fikrah. kita sama saja wahai saudaraku

aku tidak membezakanmu
jadi jangan kesampingkan aku...wahhhhh

sesungguhnya saya mampu tersenyum
dan bangga dengan Imej Islam!!!

TAKBIR!

kita kawan-kawan tak mahu lawan:roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..