Kelantanese! Anda Terbaik!


ni tiada kena mengena dengan bolasepak okay. saya minat bola sepak tapi setakat ni tak pernah buat entri lagi pasal bolasepak. mungkin sampai masa juga suatu hari nanti.

saya nak cerita tentang sesuatu yang terdetik di hati pagi tadi selepas saya beli sarapan digerai tepi jalan yang menjadi rutin. terdetik juga ada beberapa kawan baru yang saya kenal secara tidak langsung dalam urusan harian akhir-akhir ini, semuanya orang kelantan!

saya tidak assabiyyah okay sebab saya orang Kedah!cuma nak bagitau yang Kelantanese ni memang best!iyelah dari zaman belajar dulu, ramai jer kawan dari pata timo. tapi cerita cerita yang diterima tentang mereka ni kadang-kadang macam tak best, contohnya saing-saing deme je. tapi saya tak kisah. sebab saya pun ada saing saya jugak. ada sampai satu tahap, ada kawan yang dihalang percintaan dek kerana pasangannya orang kelantan!huh..apa barang! tak kisahlah, negeri lain pun ada masalah sama. mungkin itu hanyalah satu dari seribu cerita cinta tragis yang ada..hahahha. takkan sebab kenegerian pun nak pancung-memancung!

personally saya memang tak ada masalah dengan orang dari negeri mana pun, cuma pagi ni baru terdetik beberapa poin tentang kelantanese:

1-pandai masak dan sedap dimakan masakannya
2-rajin berniaga
3-ramah tamah
4-mudah mesra
5-jangok sokmo & come-lote blake

roselangkawi:
alangkah indahnya hidup ini kalau kita saling sayang menyayangi tanpa prejudis!ekeke

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..