Insentif Sikecil


bagi ibu-ibu semalaysia yang punya anak-anak kecil pasti bersetuju bahawa melayan karenah mereka bukan perkara kecil bukan?walau iman dan surayya belum bersekolah rendah, tapi tadika pun sudah bagi thrill pada mama.

cuti panjang Maulid ur-rasul (SAW) dan Thaipusam sepupu mereka adakan aqiqah, apa lagi iman dan surayya main sampai pengsan. almaklum dapat jumpa sepupu sepapat mereka yang dah lama tak jumpa. hingga kita nakbercakap pun sampai kene jerit dek tenggelam dengan suara mereka.

pagi ni, thrill bermula lagi, bila malam sibuk main dan lambat tidur, mulalah pagi-pagi susah bangun. jam sudah 8pagi, saya lembabkan towel, angkat semua barang-barang masuk kereta, kejutkan iman/ kakak, suruh dia basuh muka dan badan dan masuk kereta. surayya terpaksa didukung dan biar dia sambung tidur dalam kereta. 5 minit nak sampai sekolah, singgah di R&R Seri Putera, kejutkan surayya yang merengek, lap mukanya dengan towel basah dan tukarkan baju sekolah!iman terkial-kial pakai bajunya sendiri.

macam-macam adegan pujuk memujuk terjadi.

adik bangunlah pakai baju...
nanti petang mama bawa adik pegi taman okay?
kita main kat mydin / ada playground
mama belikan adik donut nak?

adik tak suka donut..
adik nak jelly..

wahhhh ada respon
umpan mengena...

kakak nak donut
sahut iman di seat belakang

suasana muram tadi bertukar agak ceria, dan mereka setuju ke sekolah...hahahha
ada sinar harapan menyinar pagi ni..

Alhamdullillah...dengan sedikit insentif/jangan pula cakap rasuah..dosa! kerja pagi ni dapat selesai dengan jaya. petang nanti giliran tunaikan janji...huuuuuuuuuuuuuuu

salam sicomel
roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..