Ice Blended 380


usai jemput Iman dan Surayya di Pasti, terus drive ke Mydin Kota Seriemas sebab dah janji dengan mereka pagi tadi nak main kat playground. Lepas parking, Surayya pegang tangan ajak masuk Mydin cari Jelly dijanji, dibelikan sorang satu, takut berebut, susah.

sorry kak, kaunter tutup!

saya tak faham sedangkan cashier tu dah nampak saya dah Q awal, tak boleh ke ambil payment saya dulu dan tutup sebab takder orang dah lepas saya,,huh. takpe sabar, pindah kaunter dengan 2 budak kecik yang dah meronta-ronta...sabarrrrr

RM5 bertukar tangan dan dapat balik 70 sen..


2 budak kecik tu lantas buka pek Jelly dan main di playground

baik-baik adik / kakak!jangan berhambur pulak jelly tu...

kucing tak makan jelly la dik...kata saya pada surayya yang menghulurkan jelly pada seekor kucing..lawak pun ada...

nampak ada gerai jual ice blended, donut and stuff,,cadangnak beli donut tapi dah ada jelly, so beli ice blended la, sebab macam dahaga, budak-budak pun nanti mesti minta air.

Ice blended vanilla ada?tanya saya pada puan penjual

ada! sepatah tanpa melihat saya , mungkin bz

berapa yer? tanya saya lagi

RM3.80, tapi kosong ye, tak de cream

aik? kosong pun harga sama?macamana boleh sama?terpacul dari mulut secara otomatik/walau agak perlahan.

puan tadi terdiam macam marah, tapi tunduk tanda control..

saya pun cakap, takpelah,,,bagi saya satu

RM3.80 ye? RM3.80 sharp bertukar tangan,,

mahalnya......memang ice blended harga macam ni ye? modal apalah sangat...kalau saya jual, paling mahal pun RM2..hahahahah

tulah...puan yang menjual tu pun satu..
tapi kita ni yang membeli jugak walau kata mahal ni apa cerita???

ermmmmm..............

salam manis ice blended 380...roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..