Posts

Showing posts from February, 2012

Nasi Lemak 0.0

Image
Mungkin dah tua agaknya. semakin hari makin cerewet tentang banyak hal. adakah spec kualiti kontrol saya sudah meningkat atau memang spec kualiti barang/servis yang turun???

cerita tentang nasi lemak pun dah cukup menggambarkan cerita ni.

maaf cakap, saya sendiri sejak kecik bantu bonda jual nasi lemak. bonda memang rigid dari soal penyediaan bahan, masak memasak dan presentation. kalau tak, masakan setiap hari kerja saya ialah potong cili kering, perisi ikan bilis, lap dan potong daun pisang? haa tu baru sikit ye

setiap bahan disedia dan dimasak fresh specially untuk hari itu sahaja. dan bonda memang jaga kualiti. bayangkan saya dikejutkan sebelum subuh lagi bukan oleh bonda tapi dek haruman nasik tanak berbau pandan yang bonda masak.

bayangkan bila mula isi nasik lemak bonda dalam bakul. bau daun pisangnya memang harum, cara isi dalam bakul pun bukan main campak je. kene hormat, kata bonda. tapi sekarang, nape ada nasik lemak daun pisang, tapi tak pula bau daun pisangnya??pulak tu, daun…

Jutawan Fakir!

Image
lama tak posting. rupanya dalam diam sudah jadi jutawan. asalnya ingat hanya kes salah nombor dan saya kerap jawab, sorry sir, wrong number!

tapi akhir-akhir ini saya dihujani sms dan panggilan yang berurusan tentang property yang bernilai hampir satu juta! ada yang minta quotation jualan/sewa untuk suites di bandar elit yang tidak saya miliki!i am the owner of the property?wahhh kaya saya! terasa hidup dikejar harta maya yang buat saya bingit. puas saya cakap no, no dan no. belum tahu bila pinjaman perasaan jadi orang banyak harta ini akan berlanjutan...

fuh,,,sungguh saya pening!begini rupanya perasaan orang berharta berjuta, memang tidak aman, ibarat dikejar ah long minta hutang!

betullah...kalau berharta, kita akan menjaga harta,,,
kalau berilmu, ilmu akan jaga kita!

mode:insaf...
bayangkan ilustrasi di atas adalah anak-anak pengemis, mereka fakir, kalau kaya, wajib kita bantu bukan? tapi setakat ini, setakat kaya kasih sayang insyaAllah....

roselangkawi@blaquevillalangkawi

Tak Bertudung=Jahat?

Image
Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhl…

Putik Muda Juga Gugur..

Image
Melepasi Lebuhraya dan susur keluar Tol Bandar Seri Putra, iman bersuara dari seat belakang,

mama kenapa daun-daun ni jatuh atas jalan?

sebab dia dah kuning..

bila kuning dia jatuh ye mama?

ye, nanti diganti dengan yang hijau...

tapikan mama..

tadi kakak nampak yang hijau pun ada yang jatuh!

ye ke?

iye mama..

iyelah,,yang hijau pun gugur jugak....

demikian dialog pagi tadi hanya tentang daunan gugur dijalanraya

teringat dapat sms dari student malam tadi

memaklumkan ada sahabat mereka/ student saya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Ipoh, dan keadaannya masih kritikal...dan masih koma

terbayang-bayang pula dia membuat presentation di dalam tutorial dengan sahabatnya

agak pendiam budaknya

...memang student ni kadang-kadang bila dalam kelas, dalam jiwa muda belia, ada attitude yang kurang matang..tapi kenapa ditegur?sebab sayang bukan?

bila dimaklumkan berita sedemikian, hati siapa yang tidak sedih
hati siapa yang tidak sayang

moga Megat cepat sembuh dan dapat duduki peperiksaan akhir semester sedikit…

Cantik tetapi berbahaya

Image

Selamat hari Lahir Cinta...

Image
post ni tiada kena mengena dengan sambutan Hari kekasih. cuma ianya sambutan merai hari lahir cinta hati saya, encik suami yang ke 35 tahun. sebenarnya sebulan dua ni memang on off kesihatan saya. maklumlah, orang perempuan, banyak on of nya.

buat kek?memang lamaaaaa sangat dah tak buat!ada waktu dan ketika tu sampai hari-hari bakar kek. tapi kali ni memang dah lama benar tak buat kek. tapi dah berazam, walau tak larat, tahun ni, instead of beli je, nak buat kek bufday encik suami sendiri.

lepas encik suami ke kelas Sabtu itu hari, mulalah masuk dapur, bahan semua dah ada, apa lagi, buka buku resepi lah..almaklum, bukannya terror, ikut je resepi ilham cipta sahabat-sahabat blogger.

macam nilah jadinya kek itu, choc moist seadanya..

selamat hari lahir cintaku
moga dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
amin...

ohw...resepi ya

kek coklat Cinta

bahan a

1 cawan gula pasir
1 cawan minyak sayuran
1 cawn serbuk koko
1 cawan susu cair
1 s/t esen vanila

*dipanaskan di atas api kecil sehingga gula larut

bahan…

Kerja Extra, Markah Extra?

Image
puan! kata sekumpulan pelajar 3 orang di depan pintu pejabat saya

ye, apa boleh saya tolong?

carry marks kami sikit..boleh tak kami minta kerja tambahan untuk tambah markah

oh...kamu rajin lah ni? kata saya

mereka senyum

ok, ni ada 2 artikel, saya nak kamu buat rumusan, hantar sebelum esok.

esoknya...

diluar pintu pejabat, pelajar dah attach rumusan di soft board

tapi...

bertalu-talu pula student telefon dan sms..

bertanyakan kerja extra untuk markah extra

dengan kebengangan melanda , saya sound...

macam nilah, kerja yang wajib patut dulu awak pulun dan buat elok-elok, so, at the end of the semester, tak payahlah menagih simpati pensyarah untuk bagi kerja tambah markah.
ok from now on, there will no such thing!saya tak akan bagi apa-apa tugasan tambahan! full stop!

roselangkawi:macam tulah student, yang wajib, buat tak tahu saja, yang tak wajib nak sangat buat. macam kita dengan Allah..bila ada masa dan peluang, selalu kita abaikan, bila masa dah suntuk, mulalah menagih simpati....mode:insaf

Manis beracun

Image
Rasanya tidak lengkap hidup tanpa kemanisan. Apa rasanya air kopi atau teh jika tidak ditambah gula? Sirap yang tawar atau sambal tumis yang hambar. Setiap hari kita pasti mengambil gula sama ada dalam makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan teh tarik semasa sarapan atau sirap semasa makan tengahari. Tapi bolehkah kita hidup tanpa kristal putih yang membawa 'kemanisan' itu? Gula sebenarnya adalah kimia tulen. Dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan telah dikeluarkan. Gula yang ada di meja makan sekarang bukan lagi dalam bentuk jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa atau fruktosa tulen. Walaupun kebanyakan gula terhasil daripada pokok tebu atau ubi bit. Semasa proses industri semua vitamin, mineral, protein, enzim dan nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya. Justeru pengambilan gula yang berlebihan boleh mengurangkan …

Kelantanese! Anda Terbaik!

Image
ni tiada kena mengena dengan bolasepak okay. saya minat bola sepak tapi setakat ni tak pernah buat entri lagi pasal bolasepak. mungkin sampai masa juga suatu hari nanti.

saya nak cerita tentang sesuatu yang terdetik di hati pagi tadi selepas saya beli sarapan digerai tepi jalan yang menjadi rutin. terdetik juga ada beberapa kawan baru yang saya kenal secara tidak langsung dalam urusan harian akhir-akhir ini, semuanya orang kelantan!

saya tidak assabiyyah okay sebab saya orang Kedah!cuma nak bagitau yang Kelantanese ni memang best!iyelah dari zaman belajar dulu, ramai jer kawan dari pata timo. tapi cerita cerita yang diterima tentang mereka ni kadang-kadang macam tak best, contohnya saing-saing deme je. tapi saya tak kisah. sebab saya pun ada saing saya jugak. ada sampai satu tahap, ada kawan yang dihalang percintaan dek kerana pasangannya orang kelantan!huh..apa barang! tak kisahlah, negeri lain pun ada masalah sama. mungkin itu hanyalah satu dari seribu cerita cinta tragis yang ada..ha…

Asyik Mati Je...

Image
Asyik Mati Je...

kata iman 6 tahun bila terdengar berita kematian artis di radio

erk!

saya terkedu (jangan marah, Iman ni kecik lagi..)

kenapa kakak cakap macam tu

tanya saya pada Iman

tak baik cakap macam tu tau

artis tu apa mama?

artis tu penyanyi kata saya

asyik penyanyi je mati kan mama?

erk!

sekali lagi saya terkedu

budak-budak kalau dilayan memang gini. mereka innocent je. padahal betul jugak bila difikir-fikirkan.

bukan sebab artis dia mati,, sebab dia artis la berita cerita pasal dia kat radio

ooooo jadi semua orang mati ye mama?

ye..kita pun akan mati

kata saya

eemm tokwan mati ritu tak masuk radio pun!

nak tegelak juga, tapi tahan..

kan mama dah kata, artis kan glamer, jadi bila dia mati, masuk radio la..

abis kalau glamer nape mati jugak

ya Allah!laser jugak Iman ni..getus hati saya

kan mama cakap dah tadi, semua orang mati la kakak...

bezanya cuma masuk radio atau tak je..

boleh tak saya jawab gitu?

tapi takpe kan mama..kata iman..

naper? tanya saya

kalau semua orang mati, masuk radio atau tak, sem…

Kuih Pelangi Cinta

Image
wah...post ni sebenarnya anti-climax sebab kuihnya tak buat lagi tapi resepi dah keluar. selain dapur mat gebu, dapur Cida selalu juga saya jenguk dek posting resepinya yang humble lagi mabeles. pulak tu resepinya tidaklah ideal sangat sampai susah nak cari bahan dan cara buatnya mak ai!kalau gitu, elok dipandang sajalah..

tapi dapur Cida ni best sebab dia ikhlas dan enjoy share apa yang dibuat kat dapur. tak percaya?percayalah!!cuba jenguk dapur Cida ni...(thanx for the recipe)

ni resepi kuih lapis idaman hati saya yang akan dibuat berdasarkan copy-paste resepi dari dapur Cida...sounds simple dan mampu buat, cuma belum buat-buat lagi, InsyaAllah, kita share dulu resepinya:

Bahan bahan
2 cawan santan2 sudu makan tepung beras2 sudu makan tepung kastard1 cawan tepung gandum1/2 cwn gula pasir1 sudu teh garam haluspewarna :merah hijau ,ungu dan kuning*tambah 1/2 sudu teh esen pandan utk bau yg haruummmm Cara cara1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati tapiskan2.kemudian bahagikan adunan kepada…

Mengapa Awak mengembang?

Image
susah payah dua orang sahabat menahan kancil saya di tengah-tengah lorong mengahala ke pejabat. muka mereka macam ada isu, getus hati saya..

treeeetttt...power window saya buka lantas memberhentikan kancil EZ850 saya ditengah-tengah jalan.

cek mirror, ok takder kereta lain yang q dan saya tak blok laluan

dengan nada gembira tanpa rasa bersalah sahabat A bertanya

"kenapa awak mengembang?"

belum sempat saya bernafas...

sahabat B mencelah

"a ah la, ritu macam mengecut"

kata A lagi

"orang lain semua mengecut, awak pulak mengembang"

saya faham maksud mereka, walau menahan kelat dimuka sebab dah rasa macam belon pulak, mengembang dan mengecut.

saya jawab dengan nada sedikit open tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu

"hehehhe, hidup kan perlukan perkembangan...."

lantas cuba palitkan sedikit senyuman, tutup power window dan angkat pedal break..jalan!

saya mula menerawang jauh..

RAMAI orang yang reflect pada luaran/fizikal

SEDIKIT yang reflect dalaman

kalau saya, saya ta…

Selayaknya Syurga Di Sana...

Image
jaganya cemas, tidurnya tak lena, asal bergerak perlu berhati-hati, supaya yang di dalam terjaga. hatta apa dibuat, dicakap, dilihat dan dimakan, semuanya ada cara, ada petua ada segalanya.

keluh kesah ibu kufaham. kala trimester pertama, terasa mengah, panas, loya, ada benda di tekak rasa bagai tidak terluah, nak keluar tidak, masuk pun tidak, bagai tersekat ditengah.

kadang kata terluah juga,

aduh....
alahai...
Allah.....

nak diluahkan rasa, kadang tak terluah apa dirasa, mungkin cakap..

.mama penat la rini abah,,,

setakat itu luahan, selebihnya badan menahan..atau ditelan saja keseluruhan

badan rasa bagai sakit keseluruhan, kadang ada bergurau,,,begitulah buatan orang. boleh begitu, pada saya ia bukan, ia adalah REZEKI TUHAN!

ada pula yang stail alahan, asal dimakan semua dikeluarkan, sampai lembik, tak mahu makan lagi. ada dikata mengada-ngada?alahai kesian....takkan ngada-ngada nak muntah?kalau diberi pilihan, tak mahu der...penat!tekak macam tersagat!

kufaham rezeki ini anugerah, bagi yang…

Cinta Melankolia

Image
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli

Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia


Tajuk/Lirik Lagu: Cinta Melankolia
Penyanyi: Ann

Ann- Cinta Melankolia
al-faatihah buat arwah Ann.

rose@blaque villa homestay langkawi

Sambut Valentine adalah WAJIB?

Image
terkejut bukan??anda tidak keseorangan, dalam isu Valentine's day yang kononya hangat setiap tahun menjelang 14 Februari (bagi golongan tertentu), pernah saya dijemput sebagai panel forum mahasiswa sedikit masa lalu.

sahabat panel saya bukan calang-calang penceramah, memang disegani dengan ceramahnya yang best. bila forum bermula, saya lebih mengupas daripada perspektif psiko-sosial memandangkan itu ialah bidang saya.

bila sampai bab hukum, terus moderator bertanya:

ustaz, apa hukumnya menyambut valentine's Day ni?

ustaz menjawab selamba..

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH WAJIB DOT DOT DOT...

aish? biar betul ustaz ni getus hati saya

atau saya salah dengar ni?

tak matching lah dengan hukum asal yang saya faham saya berbisik

saya ulang semula...kata ustaz

ayat saya belum habis lagi...

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH WAJIB DITINGGALKAN!

fuh...lega....macam suspen la pulak

mahasiswa/wi yang mendengar seakan terpaku, nak gelak macam tak lawak tapi kelakar jugak cara sahabat panel sa…

Kucuba Neutralkan Renungan Itu...

Image
kata orang, never judge a book by its cover, manusia juga tidak dinilai dari luaran di sisi tuhannya melainkan iman dan taqwa.....wahhhh

menyedari hakikat itu, kucuba dahulu dengan eksperimen diri sendiri supaya tidak menilai hanya luaran, kenal dulu dan cinta...wahhhh, tak kenal maka tak cinta bukan.

terbias juga perasaan tatkala hantar Iman dan Surayya ke Court Volley Ball, iyelah, namanya pun tempat sukan, saya akur, tapi saya berpakaian nak ke kelas, maklumlah,,nak mengajar, takkan nak pakai pakaian sukan pulak.

ok dengan cara berpakaian mungkin ramai yang fikir..ah dia ni mesti drop by je ni, not belong to the event je..itu betul dan saya tak kisah.

TAPI yang terbias perasaan ni bila saya perasan ada mata menjeling dan seakan panas punggung...saya kira mungkin pelik tak pernah tengok saya berpakaian begitu (saya maksudkan kawan-kawan yang dah kenal saya).

saya pakai jubah moden dan bertudung swing agak labuh paras pinggang, saya kira dah cukup ranggi bagi saya yang jenis bertudung..ha…

Lessons On Love

Image
I will Always Love You..ini ialah cinta sebagai tragedi. semua dalam hidup ini adalah kerana cinta. lewat ini ramai sedang sibuk bercerita tentang isu hari kekasih. juga tentang cinta. dunia tanpa cinta akan sunyi bukan?

Whitney Houston yang mendendangkan lagu-lagu cinta turut menjadi siulan saya yang mendengar. tanpa sedar, rupanya liriknya pun saya hafal,walau saya bukanlah diehard fan pun. boleh tahan ya implikasi Cinta ini. tapi saya mengaku, vokal Houston memang sedap!memang Queen of Pop! Allah memang kurniakan kita pelbagai kelebihan berbanding yang lain...

khabarnya Houston mati mengejut di Hotel sebelum Grammy award..dilingkari masalah ketagihan dadah dan masalah. khabarnya juga dia mengalami maslah peti suara/mungkin akibat dari penagihan dadah dan beliau tidak dapat nak reach high note/key yang menjadi ulaman sebelum ni.

nah...mungkin tertekan, sebab itu adalah kehidupannya..tanpa suara kurniaan itu bermakna, tiadalah kehidupan!lldengan suara dia dipuja, dengan suara dia gembir…

Terhangat di Pasaran;Blaque Villa Homestay Langkawi

Image
ilham cipta Blaque Villa Homestay langkawi



Dalam kesibukan mengejar ada kehangatan yang menjalar!sempena pembukaan rasmiBlaque Villa Homestay langkawi pada 2012, dan pemberian Give Away penginapan 2h1M di Blaque Villa, ramai yang berpusu sertai, mana tahu ada rezeki dapat pakej bercuti di Langkawi.

bagi yang berminat atau tidak, jomlah ziarah tengok blaque Villa Homestay kami yang humble. al maklum baru cuba venture arena ini, namun from time to time kami akan cuba pertingkatkan kemudahan demi keselesaan tetamu supaya berasa seperti dirumah sendiri..InsyaAllah

lagipun Blaque Villa Homestay langkawi ni lain sikit, bagi yang ingin rasai suasana kampung namun accessible dengan tujuan percutian seperti membeli-belah, mandi laut dan sight seeing, bolehlah cuba ...

terhangat di pasaran ialah Give Away yang sedang HOT. jomla singgah!

salam manis

roselangkawi

Bila Allah Memberi Rezeki

Image
Di blog sahabat ada menitipkan:

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancangsesuatu yang lebih baik buatmu".Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kami dan moga ia makin meneguhkan kepercayaan kami kepadaMu ya Allah...syukur.moga zuriat bakal lahir ini akan hidup kerana Islam dan untuk Islam, InsyaAllah...sesungguhnya, demi Zat Allah, Dialah yang Maha Pemurah...
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, patutkah mereka (yang engkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.”
[An-Nahl :72] Di antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia,…

Ice Blended 380

Image
usai jemput Iman dan Surayya di Pasti, terus drive ke Mydin Kota Seriemas sebab dah janji dengan mereka pagi tadi nak main kat playground. Lepas parking, Surayya pegang tangan ajak masuk Mydin cari Jelly dijanji, dibelikan sorang satu, takut berebut, susah.

sorry kak, kaunter tutup!

saya tak faham sedangkan cashier tu dah nampak saya dah Q awal, tak boleh ke ambil payment saya dulu dan tutup sebab takder orang dah lepas saya,,huh. takpe sabar, pindah kaunter dengan 2 budak kecik yang dah meronta-ronta...sabarrrrr

RM5 bertukar tangan dan dapat balik 70 sen..


2 budak kecik tu lantas buka pek Jelly dan main di playground

baik-baik adik / kakak!jangan berhambur pulak jelly tu...

kucing tak makan jelly la dik...kata saya pada surayya yang menghulurkan jelly pada seekor kucing..lawak pun ada...

nampak ada gerai jual ice blended, donut and stuff,,cadangnak beli donut tapi dah ada jelly, so beli ice blended la, sebab macam dahaga, budak-budak pun nanti mesti minta air.

Ice blended vanilla ada?tanya s…

Insentif Sikecil

Image
bagi ibu-ibu semalaysia yang punya anak-anak kecil pasti bersetuju bahawa melayan karenah mereka bukan perkara kecil bukan?walau iman dan surayya belum bersekolah rendah, tapi tadika pun sudah bagi thrill pada mama.

cuti panjang Maulid ur-rasul (SAW) dan Thaipusam sepupu mereka adakan aqiqah, apa lagi iman dan surayya main sampai pengsan. almaklum dapat jumpa sepupu sepapat mereka yang dah lama tak jumpa. hingga kita nakbercakap pun sampai kene jerit dek tenggelam dengan suara mereka.

pagi ni, thrill bermula lagi, bila malam sibuk main dan lambat tidur, mulalah pagi-pagi susah bangun. jam sudah 8pagi, saya lembabkan towel, angkat semua barang-barang masuk kereta, kejutkan iman/ kakak, suruh dia basuh muka dan badan dan masuk kereta. surayya terpaksa didukung dan biar dia sambung tidur dalam kereta. 5 minit nak sampai sekolah, singgah di R&R Seri Putera, kejutkan surayya yang merengek, lap mukanya dengan towel basah dan tukarkan baju sekolah!iman terkial-kial pakai bajunya sendiri.

ma…

Bercuti Percuma?

Image
sungguh girang di dalam hati
mama sinchan serta famili
dapat peluang menang dan bercuti
moga terkabul hasrat dihati

bagi yang ingin juga sertai
mama sinchan serta famili
inilah peluang jarang sekali
dapat menginap juga bercuti

Langkawi sangatlah cantik
niat roselangkawi ingin berkongsi
Langkawi blaque villa sangatlah cantik
jomla cuba keluarga seisi

post mama sinchan jadikan pedoman
buat famili yang ingin mencuba
Giveaway menarik disia jangan
mana tahu di Langkawi kita berjumpa

jom sertai GA saya dan menangi hadiah penginapan di Blaque Villa Homestay langkawi!

best regards
roselangkawi

Peluang Dampingi Kekasih Allah di Syurga!

Image
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah? Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah. Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, d…