When to use Urine Pregnancy Test (UPT)

Untuk Wanita Sahaja daripada Dr. Faridah

assalamualaikum puan,


soalan saya...


i. Jika mengikut kitaran haid, saya sepatutnya mensus pada 29hb April lepas..tetapi sehingga sekarang 8 Mei masih belum mensus lagi. Tetapi apabila menggunakan Pregnancy Test..(Urine Test) keputusan negatif. Saya keliru kenapa masih belum mensus. Apa sebenarnya penyelesaian kepada masalah saya?

2. Bilakan masa yang paling sesuai untuk menggunakan ujian kehamilan mksd saya, seperti kes saya di atas, perlukah saya menunggu sehingga 2 minggu untuk menggunakan ujian tersebut semula?

3. Sekiranya masih lagi belum mensus selepas masuk minggu ketiga, dan setelah menggunakan pregnancy test itu, keputusan tetap negatif adakah saya sememangnya tidak hamil atau perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk membuat urine test?

Terima kasih..

Ingin Tahu.

Wa'alaikumussalam Hafizah,


1) Haid lewat tapi ujian kehamilan negatif - disebabkan aras hcG dalam air kencing masih rendah. Cuba kurangkan minum air sebelum ujian dan gunakan air kencing pertama waktu pagi sebaik bangun dari tidur untuk ujian kehamilan. Dapatkan strip ujian yang lebih sensitif.

2) Pakar mencadangkan ulangi ujian kehamilan pada tarikh haid seterusnya. Dapatkan pemeriksaan doktor di klinik jika ujian masih negatif dan haid masih belum datang.

3) Puan mungkin hamil walaupun berkali-kali uji air kencing dan keputusan negatif. Ia akan menjadi negatif sebaik aras hcG mencukupi untuk dikesan. Buat waktu ini, makan asid folat dan makanan berkhasiat sebagai persediaan. Faridah

soalan dan jawapan direct regarding the matter...

Salam Dr,

Sy sekarang berusaha untuk mengandung anak kedua.. kitaran haid saya diantara 26 hr - 32 hr..

last haid sy adalah 26 januari dan jangkaan haid akan datang adalah 20 februari. saya telah menggunakan pregnancy test kit pada 24 feb tetapi ia menunjukkan -neg. bilakah saya boleh menggunakan semula pregnancy test kit untuk menguji kehamilan?

terima kasih.

tinie

Salam Tinie,

Urine Pregnancy Test (UPT) kit boleh digunakan selepas 2 bulan tiada haid.

Faridah

best regards:

roseLangkawi & her homestay villa @ Langkawi

Comments

  1. haid sy telewat 5 hr..sy sdh check utp result negative...sy disarankan mkn ubat norcolut...sy binggung sgt ni?

    ReplyDelete
  2. sy bru lepas period,,n mugkin tlah pun bersama suami mas waktu subur... after 2 minggu sy suci raional x sy cek upt untk kpastian lekt atau tidak tanpa mnunggu waktu period seterusnya....sy n suami x sabar mnunggu khamilan pertama kami..

    ReplyDelete
  3. saya dah delay 8hri..tpi still -ve...beberapa hri sblm due period ada kua cam brownish sikit...ingtkn period tp besoknye dah xde...skrg cme sakit perut n abdomen belah kiri...period still xdtg lg...saya period yg regular xpenah jd cmni sblm ni...adakah saya preggy or not..nk jmp doktor tkut kecewa...

    ReplyDelete
  4. saya skrg dah delay period 12 hari..dh cek upt tp negatif..pergi klinik scan tp xnampak , cuma doktor cakap ada ketulan darah dan rahim bngkak?adakah saya hamil?

    ReplyDelete
  5. saya dh delay period 13 hari..dah cek upt tapi negatif , pegi scan doktor ckp rahim bgkak..doktor ckp ada 2 brkemungkinan sama ada baru lekat atau nak datang period..adakah saya hamil?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..