Tulang Pekasam Ikan Puyu


sungguh nostalgia menjengah pekan Rabu Alor Setar petang itu. tak sangka dan rugi tenaga panjat tangga jejantas bila sedar rupanya ada escalator. hasrat membeli pekasam hampir tercapai, bau harum pekasam menerobos hidung.

sebagai orang kampung, Pekan Rabu amat nostalgia bagi saya. banyak di situ produk jualan hasil orang kampung. kuih-muih tradisi, dodol, kerepek, cakar ayam (just to mention a few), sungguh berbunga hati dibuatnya. kalau musim raya, memang gamat Pekan Rabu ni jadi tumpuan.

kigha macam mana ni bang?

ikan sungai sekilo RM6

ikan bendang sekilo RM8

ooo ikan bendang lagi mahai nah..

yala kak, susah caghi

yelah...

bagi saya sebekaih (bekas makanan plastik lutsinar)

yang mana kak?
campoq la ikan sungai..

makasih kak, juai nah..

saya beli

geli hati tengok Iman dan Surayya tutup hidung

busuk kata mereka, tapi masih stay...

pada saya pekasam ni wangi...mereka kata busuk pula

belilah lagi sikit buat buah tangan..kata saya pada encik suami

buat apa, bukan orang ingat pun..kata encik suami macam menzahirkan perasaan

bukan beli sebab nak suruh orang ingat (pada kita),,,kata saya lagi

tapi beli sebab kita ingat kat orang....

saya mula berfalsafah dan sedikit mengaplikasikan erti sebuah keikhlasan
(sungguh , saya pernah, telah dan masih belajar untuk aplikasikan...)

ikhlas itu indah!

roselangkawi
@
langkawi blaque villa homestay (RM150)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..