Truely, Madly, Deeply...


saya suruh beli sebijik, mengapa dibeli tiga bijik? kata bonda pada abah. macam memprotes, tapi macam marah aja...abah mula tak duduk diam, dahlah ke kedai yang ke tiga baru berjumpa timun dicari. beli banyak, kena marah pula! tak mahu, buang saja! tegas abah macam marah juga. iyalah, saya ada memerhati, malu gamaknya abah ditegur sebegitu. sayat jiwa!truely madly, deeply gitu...

saya ada-adakan saja gelak kecil seakan cuba meredakan suasana, enggang sama enggang, nanti pipit mati di tengah, fikir saya. terasa apa yang abah cakap tu betul, kenapa perlu kecoh-kecoh hanya kerana timun? tetiba rasa menyebelahi abah walau sebagai wanita, saya pun macam tu jugak...

rasa gayat pula bila didedah dengan situasi bonda abah...ish mak ni....agak-agaklah saya berbisik, takut juga didengar bonda. saya cuba alihkan perhatian mereka berdua, jangan panas kes timun jadi gaduh pulak! itu ayah bonda yang dah 50 tahun kawin!jangan dicampurin urusan mereka dong!

ish...seriau dibuatnya, patutlah, Rasullah bersabda yang lebih ramai wanita dari lelaki di neraka!eeeee nauzubillah!!!!minta dijauhkan! tapi jika dinilai kes timun ni, patutlah perempuan ni kebanyakkan masa memang menjengkelkan bukan?bukan mereka tak tahu, tapi mungkin tak sedar..saya pun begitu, bila dapat poin nak berleter, dah macam tak ada pegangan gitu...

ya Allah...bantulah wanita-wanita sedunia...supaya tetap kekal sebagai diri mereka, yang jelita zahir batinnya, lemah lembut, berbudi bahasa, begitulah wanita sebenarnya, cuma kekadang mereka hilang punca...(jiwa saya membacking...)

kata sahabat saya di blog....

Wahai sahabatku�marilah kita renungi pesanan junjungan Nabi Muhammad saw kepada kita dan sedaya upaya kita cuba untuk tidak menjadi bahan bakar�.

"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan (seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.)

2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama (iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.)

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

PERINGATAN INI UNTUK DIRI SAYA DAN AKHAWAT SEMUA...

selamat beramal!

roselangkawi @ blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..