Tiada Guna BM itu!


setelah agak lama menunggu di Q giliran yang panjang di sebuah kedai xerox...

saya: kak, saya minta kak tolong xerox 4 buku ni, saya dah tulis mukasurat yang patut....lepas tu...

pn.BM: (bersama seorang gadis sunti, mungkin anaknya dengan selamba mencelah dan potong q serta turn saya yang sedang bercakap, dengan nada marah) ni saya nak tenya betul-betul ni, bila boleh siap?

saya: ASSALAMUALAIKUM! saya beri salam tanda menyata hak saya..buat 2 lelaki dewasa yang Q dibelakang mula mencangak!

pn. BM: WAALAIKUMUSSALAM (nada lagi tinggi!)

saya: Puan boleh tolong hormat tak saya yang sedang bercakap dan sedang berurusan n...?

pn. BM: AWAK DIAM!(sambil menunjukkan jari satu malaysia) NI TOLONG BAGI SAYA JANJI ISLAM NI, BILA BUKU ANAK SAYA BOLEH SIAP NI?DIA NAK GUNA DI UNIVERSITI NI! marah meluap-luap

saya: Astagfirullah.....!(janji ISLAM tu disebutnya, habis, teknik menengking dan menidakkan hak saya ni ISLAM sangatkah? getus hati saya yang agak ammarah)

pn. BM : (sambil tengok saya) awak diam, saya dah hantar semalam!janji nak siap!bila siap?

saya: puan, saya sedang bercakap ni, saya hantar tahun lepas lagi!

kakak kedai: saya dah siapkan puan, cuma tinggal nak binding saja (jawabnya tenang)

pn.BM: beredar dengan menghentak kaki dan bermuka masam, sempat toleh lagi pada saya dan WARN! AWAK JANGAN NAK MARAH-MARAH OK?!

saya: (secara tiba-tiba macam menyirap!) LOOK WHOS TALKING! (yang memang agak biasa bila marah akan cakap orang putih..hee), SIAPA YANG MARAH SIAPA NI???(tanya soalan yang tiada respon jawapan)

ketar lutut dan membuak rasa darah di urat saraf. istigfar panjang saya dibuatnya. sambil mengomel...itu akhlaq ibu, akhlaq anak macam mana lah agaknya....(mode:sedih)

kita sekarang sudah kurang sangat-sangat...kurang di ajar!(saya pun nyaris-nyaris juga dek melayan ammarah)

selisih kereta kancil saya dengan BMW dipandu pn.BM usai sesi panas itu..(sebab tu saya gelar pn. BM...BMW!)

getus hati saya, pakai BMW pun tiada guna kalau akhlaqnya sekadar dipinggiran!

jadi, tiada guna BM itu!

am i right? roselangkawi@blaque villa homestay langkawi


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..