Terkenang Sebuah Ikatan


bila nak ke kelas
akan kuoleskan losyen lavender itu
biru warnanya
lembut rasanya


tidak ada yang pernah cakap losyen itu tidak wangi
kuturut akui semua itu
tipu jika kukatakan
saat ku oleskan losyen itu
sedikit pun tidak ku teringat padamu

mengimbau saat kau hadiahkan losyen itu padaku
dalam beg kertas comel
dengan perasaan yang berbunga
..persahabatan

kuterima dengan hati gembira
dengan silaturrahim terbina

kini...
masa berputar roda
sahabatku kini di singgah sana
sedang aku
masih di alam maya

persahabatan itu masih terbina?
kerana losyen masih ada
sebagi tanda
sedang kamu tiada bertentang mata bila berjumpa
bagai orang asing
yang entah mungkin bukan
orang yang sama menghadiahiku losyen!
orang itu pelembut, baik hati dan kusayangi

sedang orang yang baru ini
angkuh, pentingkan diri dan bukan saja
aku yang benci, malah ramai lagi

dari panggilan kakak
ada yang sudah memanggilmu MAKCIK
sebagai tanda protes

kurindui kakak ku yang dulu
apakan daya
hakikat hubungan sekadar losyen
sekali pakai, sekejap saja baunya akan relai...
sekali habis di oles, iakan habis

sekadar terkenangkan seuah ikatan
saat losyen itu ku pakai...(-_-)

regards:
roselangkawi@blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..