Tahun Naga Air 2012!


mangga dah memercik bunga
begitu juga janggus (gajus)
angin timur pun sudah sepoi bahasa
kadang bahang panas menjengah tiba

itu semuanya tanda musim timur sudah tiba
ada musim timur dan barat
musim barat sinonim dengan musim hujan, basah dan lembab
manakala musim timur sinonim dengan musim panas, kering dan kering!

elok tambak tanah ni pada musim timur!
kata pak long pada kami sambil merujuk kepada tapak sawah yang hendak ditambak
Alhamdulillah,,Blaque Villa Homestay akan jadi kenyataan sikit masa lagi

ok, musim timur sudah tiba
tanah sudah ditambak
musim barat berlalu, tiba lagi musim timur lagi satu

haaa time ni elok naikkan rumah
sebab tanah dak kejap / padat
tukang pun senang buat kerja
sebab kalau hujan susah jadinya

tapi kenapa musim timur kali ni pelik ya
sebab patutnya panas, tapi hujan datang juga
overlapping syndrome gitu
patutnya musim timur, tapi elemen musim barat bertimpa-timpa

oooooo patutlah..
ini tahun, tahun naga air maaa
tahun naga air dijangka banyak hujan!
hujan bawa ong ma...
orang Melayu kata hujan bawa rahmat!
Alhamdulillah

oooo macam tu.....


Gong Xi Fa Cai from roselangkawi and family @ blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..