Semanis Janji...


redup matanya kurenung
panas tangannya kupegang
baran hatinya kusimbah teh-o ais lemon
kerana kufahami
ada jiwa yang tidak sihat
ada badan yang kurang bertenaga

biasanya dia tidak begitu
persis dara datang bulan!
biasanya daku yang begitu..hehe

apa dibuat semua tak kena
anak dimarah
diriku dirudung resah
mencari sebab panas dihati dia

teringat akan sesuatu
akan janji yang pernah terpatri
sungguh indah yang manis
akan berkongsi pahit, manis, marah dan sedih

semanis janji itulah
yang memahat jiwa supaya sabar
bukankah dia sepertiku juga
manusia biasa
inikan pula bukanlah perkara biasa
mungkin setahun sekali saja
sebab dikebanyakan masa
dialah penyelamat dan wira

sesekali menjadi suri hidup sejati
demi semanis janji
kuturuti merah hati itu yang bersemi

biarlah kita mudahkan
mudahan hidup kita pun dipermudahkan (Nya)

ubunnya kuusap
panas dek demam agaknya
tapi hatinya resah bergelora
tak pasti bacaan hati itu
mungkin progress Phd nya yang buat dia begitu

kupegang tangan itu tanpa ragu
kasihku demi manis janji itu terpaku
tanpa sebarang kata
kucuba renungnya pada mata
mungkin ku tak faham apa dirasa
sebab jarang dia luahkan perit di dada

namun ku yakin
dia faham bahawa daku akan sentiasa berada
di sisi dia, pada waktu suka dan duka

walau bukan sahaja di waktu gembira
ku pasti temanimu sepanjang masa
moga Allah perelokkan kasih sayang kita
menempuh hidup yang pasti gelora

dan demi semanis janji itu....
dan demi kasih Allah pada kita

regards:
roselangkawi@blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..