Selamat Datang Sayang!


Selamat datang sayang, 2012
membuka tirai indah dengan percutian di kampung halaman
3 januari 2012
ahli baharu keluarga adinda telah hadir
selamat datang sayang
setelah 3 boys
kini hadir gurl dinanti
alhamdulillah

perasaan cemburu tidak mungkin dapat dinafi
tatkala sms makluman kelahiran diterima
alhamdulillah
tahniah adik, atas kelahiran puterimu

bila gerangan hadirnya putera mama pula??
Alhamdulillah..
kami telah punyai dua puteri
moga putera idaman menjelma tahun baharu ini..amin ya Rabb

macam nilah manusia
dah ada putera, mahukan pula puteri
dah ada puteri, mahukan putera pula
macam-macam

yang maha penting
lebihkan syukur
supaya jiwa lebih akur
pada Dia maha mahsyur

jika Dia mengkehendakinya
pasti tiada halangan untuk rezeki tiba
tetaplah percaya padaNya

cuba tengok ni sayang
kata encik suami
sambil menatap rezeki kembar empat di akhbar
subhanAllah
rezeki Allah
dalam hati ada cemburu (lagi?)

Selamat Datang Sayang kami (baby Aisyah....)
kehadiranmu memang dinanti ummi


regards:
roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..