Resepi Triffle Qaseh Bonda...


Bonda suka sangat triffle ni
nanti balik langkawi kita buat lagi ye bonda
cuma encik suami request
untuk kurangkan manis dalam masakan
lebihkan manis dalam senyuman

okay, ini resepi Triffle Qaseh Bonda
(edisi rose--diadun dari resepi asal ukhtie dan MG DTS serta dipermudahkan!
super-duper simple)

layer 1

susun kek gulung/segera dipotong 1cm tebal dalam bekas
siram/basahkan dengan sirap buahan koktail
(supaya ia attach dengan layer 2 nanti)

layer 2

1 tin susu cair
1 biji kuning telur
esen vanila dikacau diatas api perlahan
+
3 sudu tepung kastard + dibancuh dengan 2 cawan sirap koktail
(kalau sirapnya sikit, tak cukup 2 cawan, tambah air putih)
(resepi asal ada gula tapi kali ni replace dengan manis sirap shj)
tambah dan kacau adunan hingga pekat

tuang di atas layer 1
taburkan buahan koktail

layer 3

1 peket jeli Nona perasa strawberry/cranberry
2 cawan air
larutkan dan kacau atas api perlahan

tuang di atas layer 2
sejukkan dan hidang..

selesai

selamat mencuba

salam sayang
roselangkawi
@
blaque villa langkawi homestay


resepi ilham cipta Ukhtie dan MG DTS

Comments

  1. suka juga makan...tapi mak Gimi selalu buat sangat la manis...

    ReplyDelete
  2. hi Gimi..
    boleh dikurangkan gulanya, saya tak letak langsung gula sebab kek dah manis, sirap, susu , koktel, jeli semua dah manis, so takyah dah letak gula..kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..