Mengidam Puff Pastry Custard!

adakah istilah mengidam ini
sinonim dengan wanita?
juga wanita hamil?
tidak juga bukan?

bila sebut mengidam
untuk diri sendiri
tak dapat tidak
sendiri kena buat

sebab bila tengok blog sifu masak Mat Gebu DTS
alahai...
tergoda imanku

nampak gaya macam ok je resepinya
boleh cuba ni..
i like Mat Gebu
Mat Gebu very Nice (wink)

Moga Allah senantiasa merahmati Che Mat
dengan perkongsian resepi-resepi hebatnya
kredit to Che Mat
moga keikhlasan anda diberkatiNya..amin

banyak pahala kita bila berkongsi ni
walau sedikit
tapi berkat..

ini resepi asal Che Mat yang saya buat rujukan
terima kasih banyak

Puff Pastry Custard with fresh strawberries

BAHAN-BAHANNYA
1 keping puff pastry bersaiz besar (7 inci x 7 inci)
Buah strawberry segar secukupnya
Apricot jem dicair kan sedikit untuk sapuan

BAHAN KASTARD
2/3 cawan susu segar
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser acuan tat yang dasarnya boleh ditanggalkan dengan sedikit mentega. Alas dengan puff pastry tadi dan tekan2 sedikit. Kemaskan tepi2nya, cucuk permukaannya dengan garfu, sapu dengan telur pada permukaanya dan bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Keluar dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanilla dan mentega, kacau rata dan masak atas api perlahan dan dikacau selalu hingga kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan biar suam.
  3. Bila kastard hampir sejuk, tuang ke dalam kulit tat tadi, ratakan. Strawberry dicuci bersih dan lap kering dengan paper towel, belah dua dan susun atas kastard tadi mengikut kreativiti anda. Kemudian sapu dengan jem apricot atau piping jell atas nya. Biar sekejap dan hidangkan.

salam manis;
roselangkawi@blaque villa langkawi homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..