Makan Besar@Bamboo Restaurant Kuah Langkawi

Kesempatan Tahun Baru Cina mengumpulkan kami sekeluarga, almaklum cuti-cuti Malaysia. Etnik Cina kumpul untuk makan besar, kami pun makan-makan juga di Restoran Bamboo Kuah, langkawi yang menjadi faberet kami akhir-akhir ini dek tempatnya yang ok, masakan sedap, tempoh menunggu pun boleh tahan dan harga berpatutan.

Fir dah reserve awal meja dan selepas maghrib kami terus keluar rumah, pekan kuah yang cuma 15 min untuk sampai mengambil masa sejam untuk tiba malam itu. sudah jem kah pekan kuah CNY ini? oh....sebab depa buat night market ala-ala up-town rupanya yang buat jalan sehala tu sesak, tak paham juga kenapa tak manfaatkan kawasan Pekan Rabu saja?mungkin nakkan sangat crowd agaknya...

ok sudah sampai, meja reserve tersedia. jom pilih makanan laut!aik!ketam nipah takder?bukan musim agaknya, tapi ketam yang bukan nipah pun hampir kehabisan, kami ambik ikan Gerut 2 ekor, udang harimau, ketam bunga, udang kertas...masak apa ya..

gerut masak 3 rasa
gerut steam halia
black paper crab
butter prawn
Tiger Prawn bakar
tomyam campur
kailan ikan masin
Tembikai 1 jag
fresh orange 1 jag
skyjuice 1 jag

walaupun dalam makan besar tu iman yang nampak mengantuk, dek mungkin tunggu agak lama kerana ramai sangat orang, ahli yang lain enjoy makan besar tu dengan meriah. gerut dihidang secara whole fish, persis makan besar CNY yag khabarnya simbol kekeluargaan yangtidak terpisah dan kemakmuran. May you be blessed and live in prosperity (diubahsuai ikut ala Islami gitu...amin) @ roselangkawi, blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..