Jadilah Seperti Manggis!

Seorang teman pernah bercerita

Yang beliau “malas” attend dinner minner things

Sebab yang attend dinner tu

Asyik cerita tentang hand bag mahal

Baju cantik bersulam

Yang buatnya amat rimas!

Saya pernah tersenyum

Kerana dapat merasa kerimasan yang sama!

Bila ada yang membelek baju, hand bag hatta tudung yang dipakai

Sungguh tipikal pada saya jika wanita sebegitu!

Kerana saya tidak value benda luaran

Saya lebih value ikhlasnya senyuman

Lebih rela bertanya khabar

Dari memandang materi luar!

Sebab…

Ukuran materi adalah tidak realistik

Ianya infiniti dan tiada had sempadan

Manusia tidak mungkin akan puas

Bercerita tentangnya!

Dan juga mengejarnya!

Jadilah seperti manggis

Hitam-hitam sitampuk manggis

Walau hitam dipandang manis

Hitam kulitnya

Namun putih gebu isinya

5 tampuk di luar

Lima juga ulas di dalam

subhanAllah

kurela jadi manggis

dari jadi buah plastik!

Yang sesungguhnya amat kosmetik!

best regards:

roselangkawi@langkawi blaque villa homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..