Iman dan TITANIC


jam menjengah 2 pagi
kakak janji ye
esok pagi jangan nangis-nangis ke sekolah!
mama buka mulut dan iman khuyuk layan cerita TITANIC di astro citra

mama sebenarnya yang saja layan
sebab lama dah tak tengok filem lagenda tu
maklumlah, time filem tu ada
masih di kampus, masih tak faham apa-apa
teringat akan impak filem itu yang hebat diperkata
namun TITANIC mampu juga memberi sweet memory pada waktu tu

risau juga Iman tonton sepenuh hati
tapi bab-bab yang agak tak patut
saya alihkan perhatian Iman...

kesian kan mama?
kata iman
melihat Titanic pecah dan tenggelam
digambarkan suasana huru-hara dan jeritan
ada wanita dan anak kecil dalam kesusahan

aah kesian
akui saya..yang turut menangis (control tak bagi Iman nampak)
sedikit saya baharui feeling kali ini
walau bukan kali pertama saya tonton dan dah pun tahu jalan cerita

tapi saat manis Jack dan Rose
kadang-kadang mengundang senyum di wajah Iman
macam faham (getus saya)
maklumlah, Iman ni sentimental sikit orangnya
tak salah memahami erti kasih sayang
yang Iman faham Jack dan Rose adalah husband and wife
selamat...

best kan mama?
kata iman saat lagu my heart will go on dimainkan di preview akhir
saya akui, kuasa cinta itu berjaya ditonjolkan
saya slip in dan kata pada iman
yela kakak, Allah bagi kita rasa cinta, suka dan gembira
supaya kita boleh hidup dengan semangat cinta tu
saya macam berfalsafah (macamlah iman faham)

iyelah mama
maca kakak sayang mama kan?
Alhamdulillah

pagi ni Iman tepati janji
dengan tidak nangis-nangis di pagi hari
dek lewat tidur malam tadi

dan dalam perjalanan, Iman tidak lagi ulas tentang titanic
mungkin dah lupa,
atau lena dek kemengantukan..
so sweet....

salam manis:
roselangkawi@blaque villa langkawi homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..