Dia Yang Dicinta


Dingin tubuh kecil itu dibungkus kejap, didakap rapat. sungguh hangat dirasa, sungguh indah cinta berbunga ria. saat sekecil dan sedetik itu menguntum indah kasih bonda pada buah kasihnya.

toddler time, ditimang manja. kalau salah pun tidak mengapa. lantaran dia sedang suka. buat apa pun dibiar saja. sesekali cubitan manja, dia berikan. bukan tanda marah, tapi sebagai didikan.

zaman sekolah, dialah peneman. kala duka dan suka. kerja sekolah dia tengokkan, buatkan, supaya anak tiada tangisan. bukankah susah bila membesarkan?menyekolahkan. tubuh disarung uniform sekolah, beg dibeli, buku diisi, ujian dan periksa diteliti. sungguh gigih dia yang kucinta, dialah inspirasi dialah nyawa, buatku rasa bagai permata.

rasakan bagai masa tidak mengubah apa-apa, hanya kasih sayang dan cintanya buatku buta. pada raut wajah tua dia. kusangat sayang, kukucup tika ada peluang, walau kedut kadang menghalang, namun hangat wajah dia tetap kukenang.

sepanjang jalan kenangan. masakan bisa kuhilangkan kasihmu. dari benak jiwa yang amat mencintaimu. dialah yang kucinta, teman, sahabat, suka duka, dialah bonda..insan terhebat hidupku..

terima kasih bonda
Dialah yang kucinta!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..