Denai Alam Di Kampung Gelam


Jangan ingat Kampung Gelam hanya ada di Singapura, di Langkawi pun ada Kampung Gelam.
terletak di Mukim Kedawang, 15 minit dari pekan Kuah dan hanya 7 minit dari Langkawi International Airport. 5 minit dari pantai Cenang yang famous tu. ia punyai susur galur sejarah yang panjang dan menarik.

kampung Gelam mengambil nama pohonan Gelam putih dan merah yang banyak di kampung ini. maklumlah, berhampiran pantai. struktur daun gelam adalah kecil dan batangnya keras! kedawang pula dikata bersempena dengan nama Kedai Awang / Khabarnya kedai kopi yang pada suatu masa dulu menjadi tumpuan dan trade mark serta tumpuan ekonomi di sini.

demografi penduduk majoritinya adalah petani dan nelayan. sejak langkawi jadi Duty free port, ramai yang telah bekerja dalam industri pelancongan / perhotelan. generasi lama penduduk kekal dengan latar mereka namun generasi baharu ramai yang berhijrah ke luar pulau dan sesekali pulang bercuti dan beraya di kampung (sayalah tu).

sesekali pulang, saya dan encik suami bercadang mahu jogging dan merentas dese / cross country memandangkan pelancong/mat saleh selalu melintas ditepi rumah berjoging malah berbasikal dan meredah jalan desa. tak boleh jadi, saya pun kena merentas desa juga!tambahan pula, Hj Matshomestay pun menyarankan laluan itu sebagai track jogging.

selepas subuh, kami melewati sawah padi yang menghala ke kampung Bukit Murang, jiran dekat kg Gelam (cuma 500m di belakang rumah abah / hj mat homestay dan 1km dari Blaque Villa Homestay). saya jamin yang lebih 10 tahun saya tidak melewati desa ini secara serius.

maha suci Allah, sungguh cantik pemandangan mentari terbit! ditambah tree-canopy menaungi kami bila menjengah Bukit Murang yang sedikit berbukit. sungguh..semuanya masih terpelihara, suasana desa yang lebih 10 tahun saya rindui, anda saksikan sendiri buktinya. sungguh menakjubkan bukan?bagi yang mencintai nostalgia perasaan sebegini, jom rasainya sekarang!

menanti mentari terbit

tree-canopy & rumah lama, how nostalgic

hj mats homestay/bumbung biru dari Bukit Murang

subhanAllah, daun pun cantik

landskap taman rumah kampung

Comments

  1. Terima Kasih atas maklumat. Ya... Kg.Gelam juga terdapat di Melaka di Mukim Tanjung Kling. Puas cari maklumat tentang Kg. Gelam, Melaka namun tak berjumpa.

    Last2 tersesat sampai ke blog ni. Anyway teruskan dengan maklumat menarik di Langkawi.


    - Orang baru Kg. Gelam, Melaka -

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..