this what you call an academic presentation?? i don’t think so…


Seiisi bilik pembentangan selari itu

Pasti sangka

Saya adalah orang yang tidak boleh terima pandangan orang lain

Bilamana kertas pembentangan saya disentuh

Jika saya orang sedemikian

Masakan saya diam tanpa memberi refleksi

Selepas individu yang memberi saranan

Hanya masuk selepas habis saya bentang

(tanpa mendengar isi pembentangan saya)

Dan terus memberi komen.

Yang saya tak faham

Dan saya tak rasa relevan

Saya kira individu terbabit

Hanyalah tidak puas hati

Bilamana soalan yang saya ajukan pada beliau

Pada sesi pembentangan selari pagi tadi

Tidak dapat dijawab

Lantas dia sengaja cari peluang untuk bayar balik!

Saya rasa tak tahan bila usai sesi

Masih ada suara provokasi

Dan individu tersebut seakan menang dan puas mencanang “kemenangannya”

Saya lantas bersuara (clarify perkara sebenar)

Bukan nak tunjuk pandai pun asalnya..

kata saya

“saya Cuma Tanya ustaz untuk clarify konsep kajian ustaz…”

Itu je,,,

“ustaz janganlah pula ambil hati…”

“dan ustaz jaganlah marah saya”…

Jika ustaz bentang paper ni untuk dapat respon

Patut ustaz lihat secara positif…

Kata ustaz itu

Saya dah 10 tahun jadi penyelaras di U***!

Aik?kenapa perlu beritahu itu semua?

Saya Tanya dia soalan pagi tadi pun

Rasanya tidak sikit pun saya tunjuk yang saya pandai

Kenapa dia seakan rasa tercabar??

Sehingga beritahu siapa dia dlm 10 thn pencapaian?

Oooo dia punya 10 tahun saja yang dia cakap!

10 tahun saya tak nak Tanya???

Saya ustaz, dah 10 tahun juga dalam bidang ni (sociology & anthropology)

Semua orang macam terlopong dan macam cemas

Sebab suasana semacam tegang

Saya lantas angkat kaki sebelum ada perkara lebih buruk terjadi

Jika saya layan orang yang langsung tak prfesional macam dia!

Ukhtie cemas menenangkan saya

Dan beliau ajak saya minum

Terasa api ammarah membuak-buak!

Orang sekeliling memandang sinis

Semacam saya yang tak terima pandangan dia

Tanpa mereka tahu..

Itu sebenarnya sekual yang si individu yang tak matang itu sendiri yang cipta!

Dek tak dapat terima pandangan saya

Ada yang kata, sabar,,terimalah pandangan..

Adakah saya yang tak terima pandangan?

Atau dia?

Aduh..Allah maha tahu

Beginikah sikap academia?

Phd sebelum waktunya

(perangai hasad dengki)

Baru buat proposal..sudah tidak layak ditegur?

Angkuh!!

Mungkin saya perlu refleksi diri saya

Adakah saya juga sedemikian?

Lemah lutut dan berderap jantung!

Ya Allah lindungilah aku

Dari ilmu yang tidak bermanfaat

Dan sifat riak takabbur

Ya Allah…

Saya mohon perlindungan…

Trauma dengan serangan sebegini

But beware!biLa saya terancam

I DARE TO SPEAK UP!!


rose@ICIED 2011

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..