Senduduk Putih di hujung laman

sumber

Senduduk ni ada dua jenis

Satu biru/ungu satu lagi putih

Kedua-duanya elok sebagai ubatan

Namun yang putih jarang kedapatan dan lebih power

Terngiang kata bonda dan mama tentang senduduk putih

Benar, senduduk biru/ungu mudah kedapatan

Tepi-tepi jalan dalam semak

Dan ada juga ditanam sebagai landskap taman

Kanak-kanak riang dahulu

Memang suka makan buah senduduk ni

Maklumlah kampung

Buahnya hitam

Macam blackberry gitu

Rasanya manis payau sikit

Alah..budak-budak kan..

Main makan saja

Senduduk berbunga putih memang saya tak pernah tengok

Tak dapat bayangkan

Mungkin sama dengan senduduk biru

Cuma mungkin kalernye je lain

Fikir hati saya

Memang dah lama perasan akan pohon senduduk

Dilaman rumah..

Actually di perenggan antara rumah saya dan jiran

Bonda dan mama selalu pesan jangan dibuang

Tapi saya pernah juga patahkan dahannya

Dek rimbun yang merisaukan

Al maklum, jiran saya tidak pernah menjengah rumah…

Petang semalam, saya membuat sedikit aktiviti pencerahan laman

Lalang dicabut dan rumput rampai dibersihkan seadanya

Bila didekati hujung laman itu

Ya Allah…

Ini senduduk putih yang dicari rupanya.

subhanAllah!

Terkagum sebentar

Bagai fakir nampak permata!

Pokoknya rimbun paras pinggang

Cuma daunnya agak kekuningan

Mungkin sebab tak cukup zat

Dihujung laman ni memang agak gersang

Yang menarik,,,

Bunganya sangatlah comel

Berwarna putih

seakan bunga melur

70% lebih kecil daripada bunga biru

Bagitau bonda dan mama best ni…

mesti banyak khasiat makhluk ciptaan Allah ini

Mode:keterujaan yang melampau, mahu kol bonda sekarang juga!

SubhaNallah…..!

Regards:roselangkawi@blaque villa homestay langkawi,

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..