Seminar adalah Perniagaan


haish...

mengeluh panjang saya bila sebut perlu attend seminar
ibarat anak kecil merengek tak mahu ke sekolah!
bukannya apa..

tak cukup attend, paling tidak perlu juga bentang satu paper
takkan jadi peserta je
nak juga merit lebih
bila sebut bentang paper, bukan ke perlu bersengkang mata dan idea?
penganjur cuma mahukan 15-20 m/s
jenuh nak simplify the idea..

sedikit masa lalu
bila bentang paper di seminar
penganjur bayar pembentang
kini, pembentang bayar penganjur!
pulak tu bukan sedikit!
kalau guna status pelajar..mungkin dapat RM600
kalau bentang, perlu bayar lebih kurang RM800
itu pun kes early bird!
ini kes International Conference la

setakat ni, hanya mampu ke sekitar rantau ASEAN berseminar
tak tahan dengan kos!
(nak jadi pensyarah bukan saja kena pandai tapi juga kena loaded!)
dapat peruntukan RM2K saja
setahun dapatla attend 2 international conference
itu pun plan baik punya

bab prosedur claim pula... Ya Allah
malas nak cerita!
dah pulak tinggal anak-anak kecil di rumah
paling tidak, encik suami teman jadi guard..
kalau tak kuat, mana tahan...

jadi, saya lengkapkan KPI tahun ni dengan International Conference
yang diadakan di Lembah kelang saja

patut jadi penganjur
lagi untung
tapi punyalah pecah kepala nak organize
huuuu...jadi macamana?
jadi pembentang pun kira oklah
pensyarah dan seminar sudah tidak dapat dipisahkan
sabar ajelah...

salam manis..

roselangkawi @ ICIED 18-19 Dec 2011

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..