Selamat Hari Lahir Abah!


abah memang bersemangat
ketawa kami bila teringat
akan setiap saat
abah buat kami gelak tak ingat

nampak abah tegas
tapi telinga kami
tak langsung pernah dipulas
yang paling utama
abah selalu ikhlas

ada yang kata
abah tak boleh dibawa bincang
tapi, kalau kena gaya
abah sangatlah penyayang

cuma mungkin pada sesetengah orang
abah nampak garang
tapi hati kami tahu
abah tidak begitu

selamat hari jadi abah
30 Disember 2011
pasti tak akan merubah
segala kasih sayang abah

semoga abah sentiasa dicurahi rahmah
serta iradah Allah...
pada hari lahir abah
yang sungguh bertuah

berjumpa kita di Bamboo Restaurant malam nanti
roselangkawi@ Langkawi blaque villa homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..