Saya Thalassemia Dia Leukemia


Tangisan dihamburkan tatkala doktor membulatkan perkataan Beta Thalassemia Trait tercatat pada slip keputusan ujian darah saya hampir 6 tahun lalu. Hampir pengsan saya dibuatnya dan kebetulan encik suami yang selalu teman check-up pregnancy tiada kerana out-station untuk IPTIM.

Saya pasti dia, paksu yang baru disahkan positif leukemia juga rasa apa yang pernah saya rasa. Sambil berseloroh kerana mahu ambil hati paksu, saya kata:

Kita ni keturunan Mahsuri, sebab tu saya thalassemia dan paksu pulak leukemia.

Paksu nak senyum pun tidak, tapi kelat saja muka paksu

Saya pura-pura terhibur sendiri dengan jenaka yang tak berapa saya tu

Tapi ada asasnya..

Mahsuri kan berdarah putih..

Thalassemia dan leukemia pun perihal darah


Talassemia adalah penyakit darah yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ia juga dikenali sebagai anemia hemolitik yang bermaksud kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya.

Leukemia pula adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa.

Leukemia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih.

Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini.


Saya mempunyai Thalassemia Trait juga dipanggil talassemia minor. Individu yang ada talassemia minor adalah sihat dan normal tetapi sesetengahnya boleh mengalami sedikit gejala anemia. Kumpulan ini juga dikategorikan sebagai pembawa talassemia yang sihat.

Talassemia trait tidak dianggap satu penyakit dan tidak akan mengganggu kesihatan anak. Bagaimanapun ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan generasi seterusnya kerana mereka boleh 'menurunkan' talassemia major kepada anak.


Kebanyakan individu talassemia minor tidak sedar mengenainya. Talassemia hanya boleh dikesan melalui ujian darah khas. Sel darah merah individu talassemia minor biasanya lebih kecil berbanding saiz normal.

Talassemia ini sudah ada ketika lahir dan keadaannya kekal sepanjang hayat serta boleh diwariskan kepada anak. Justeru itu, jika anak anda adalah salah seorang daripada individu talassemia minor, simpan keputusan ujian darah bersama dokumen peribadinya yang lain ok?

personal note: Usah bimbang jika keluarga anda mempunyai masalah ini kerana apa yang penting ialah pendidikan.

Menghidap kanser - sebarang jenis kanser adalah pengalaman paling mengerikan. Apa pun keadaan anda, ingat, anda tidak bersendirian.

Paksu…

Anda perlu kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Beberapa cara boleh dilakukan, termasuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai penyakit, kaedah rawatan dan kesan sampingannya.

Dapatkan sokongan keluarga. Jika tidak, sertailah kumpulan sokongan pesakit kanser. Ini penting untuk meningkatkan tindak balas badan terhadap rawatan. Berbual dengan pesakit yang senasib sedikit sebanyak akan membantu menguatkan semangat dan pengalaman orang lain boleh membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buat paksu…


Buat rancangan mengubah kehidupan mengikut kemampuan anda. Pastikan anda meluangkan masa untuk diri, ambil makanan seimbang, bersenam dan dapatkan rehat yang cukup.

Kekalkan kehidupan yang aktif. Menghidap penyakit bukan bermakna anda perlu mengenepikan kegiatan digemari. Jika anda suka menyertai aktiviti kemasyarakatan, teruskan kerana ia membantu anda meningkatkan kualiti hidup.

above all, yakinlah dengan Dia..kerana Dia yang menyembuhkan dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Lagi info tentang LEUKEMIA di SINI.


Comments

  1. Saya jugak beta thalessemia trait..nina ikut saya, baby saja perlu repeat masa umur setahun..anak2 dah check ke?

    ReplyDelete
  2. Asslalmualaikum,suami saya penghidap talasemia,baru2 ni doktor menyuruh saya dan 2 org anak check darah sama ada kami bertiga +ve talasemia atau tak,kena tunggu 1 bln utk keputusan,tp sampai masanya suami saya tak nak tengok result,dia seakan2 takut nak menghadapi kalau2 kami juga penghidap @ pembawa talasemia..:(,jd skrg ni saya tak tau la keadaan saya n anak2 mcm mana..tp stkt ni saya tengok anak2 sihat dan aktif,alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam mama sofea dan umidanish,

    saya beta thalasemia trait, anak2 sy belum cek namun blood type mereka sama dgn mama mereka,mereka mungkin akan ada trait juga sbb abah mereka tidak ada thalasemia (dah cek masa sy pregnant anak petama 6bln).pape pun sy dah keep thier medical record dan pasti calon menantu sy nnt akan perlu lalui ujian saringan thalasemia sbgi syarat sah menjadi menantu,,,hahahha.

    jika kita ada trait, tidak ada apa yg perlu dirisaukan, kita adalah carrier yg sihat cuma jika ingin berkeluarga--bagi anak2, ada pre-caution yang perlu diingat.

    moga semuanya sihat sejahtera dan gembira selalu.

    regards!

    ReplyDelete
  4. saya sekeluarga ada thalasemia trait, 2 orang anak saya pada kategori intermediate

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..