Panasnya Pantai Chenangku...

kisah akhir 2011
diakhiri dengan cerita yang lebih makro
mikro storynya rata-rata akan bercerita
... soal perasaan yang sedih lagi teruja
menyambut tahun baharu
meninggalkan tahun lama
mengenang kenangan
tak kurang juga cerita soal azam baru
juga masa depan 2012 yang dikata penuh misteri!

Fizarose nak cerita yang lebih makro!
soal masa depan umat
umat lokal di pulau Lagenda
Langkawi
lebih spesifik
tentang Pantai Chenang

sebagai lokal
jarang kami bertandang ke area Pantai Chenang
yang memang famous dan sangat sinonim
dengan Langkawi
almaklum..mungkin pantai Chenang/juga dieja Cenang
memang cantik!

mungkin juga takut bertandang ke sini
yang menjadi syurga kebanyakkan orang
takut menerima hakikat
yang Chenang is not Chenang anymore!

almaklum..kami lebih treasure Chenang
dengan pantai cantik
ombak memukul pantai memutih
tempat nelayan mendarat
membawa Kedera dipanggang daun kelapa pantai

bukanlah menolak pembangunan
juga bukan menolak pelancongan
tapi haruskan pelancongan dicorak sebegini?

Chenang sepintas lalu
panas dengan aktiviti pantai dan santai
pada saya ia lebih kepada berpeleseran!
Chenang sudah tiada beza dengan Phuket, Bali
oh saya lupa..
kita mengejar status antarabangsa bukan?

Chenang bukan lagi lubuk saya
berkelah bersama keluarga
pasti tidak akan saya kunjungi
pantai yang dipenuhi manusia panas
tidak berbaju!
berpelukan minum tanpa silu

saya jadi panas
bukan sebab saya kolot!
tesis master saya Sosiologi Pelancongan!
saya panas sebab saya muslim!
saya rasa lemas dan rimas

Pantai Chenangku
apalah nasibmu di tahun baharu?
bajet besar dapat mengubahmu?
ini baru soal pantai Chenang
masih belum cukup makro
belum lagi cerita maslaah lokal yg lain
masalah..masalah

ah...bak kata pepatah
sekali air bah, sekali pantai berubah......
entahlah.....

saya dah baca:
LANGKAWI--FROM MAHSURI TO MAHATHIR : Tourism for Whom?Kuala Lumpur INSAN 1989

anda sudah?
atau baca versi saya:

STUDY OF HOTEL WORKERS’ PERCEPTION OF THE IMPACT OF TOURISM INDUSTRY ON THEIR SOCIAL LIFE IN LANGKAWI, MALAYSIA.(MA THESIS),ROSFAZILA BINTI HJ.ABD.RAHMAN, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, MARCH 2005
.

selamat tahun baharu 2012!
roselangkawi@blaque Villa homestay langkawi Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..