Inspirasi bubur Asyura


bila sebut bubur asyura
ia sungguh nostalgia bagi saya
teringat bonda kacau sendiri di rumah
tuang dalam dulang besar
baunya yang harum
bila ia mengeras, bonda potong
dan bila siap isi bekas
bonda minta saya agihkan kepada jiran
zaman kanak-kanak dulu
bubur asyura memang sinonim

sekarang, takkan nak minta bonda buatkan lagi?
ah rindunya..
segan pulak nak minta resepi bonda
lama sungguh tak makan ni

saya dapat satu resepi mudah
ingat nak try la
resepinya macam ni

BUBUR ASYURA
[versi manis ]


bahan

1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

cara

1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

untuk lagi resepi, klik di sini

untuk ilustrasi klik di sini

Hari Asyura tu apa?
seingat saya masa kecil dulu
bonda ceritakan ringkas bagaimana
nabi Nuh dan ahli bahteranya terselamat dari banjir besar
lantas selepas terdampar
mereka memasak makanan dengan mencampurkan hasil bijirin yang ada
itu ingatan saya ketika kecil dulu

untuk maklumat dan cerita lanjut tentang hari Asyura boleh baca di sini

selamat beramal!

regards:
roselangkawi@ blaque Villa Langkawi Malaysia (MYR150 per day/night stay)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..