Insist Rehat dari Solat walau Tenat?


Wajahnya seakan perit menanggung sakit

Katanya seakan dia kuat dan berazam untuk sihat

Kita yang melawat tidak putus bermunajat

Supaya dia cepat kuat, sihat dan berkudrat

Rasa tiada selera katanya

Dinasihati supaya makan supaya bertenaga

Lantas air Musoffa dibukakan

Disisip seteguk dua

Lantas nasihat al-Fathiah dan salawat dibaca bersama


Parutan kiwi, cornflakes beserta susu disuapkan

Almaklum kimoterapi dilalui merentap selera makan

Luluh setiap hati jika diingatkan

Apakan daya

Tuhan Maha mengetahui lagi penyayang bukan?

Detik hati

Bila musibah

Kita perlu lebih tabah

Supaya senyum mengambil gundah

Supaya hati tidak gelisah

Supaya resah menjadi ibadah


Mahukah kita solat?

Sedang kita makin tenat?

Tak mahu!??

Saya mahu rehat!


Dia insist rehat dari solat??

Sungguh saya terkejut

Lantas insaf menjengah di hati

Lantas saya ucapkan….

Astagfirullah…

SyafakAllah!


Subhanallah………

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku” (Surah al-Isra’:82)


selamat beramal:

roselangkawi@blaquevilla homestay Langkawi

Comments

  1. SubhanaAllah minta jauhlah kan...

    Teringat dulu ada kawan saya cakap pasal seorang kawan yang lain lebih kurang macam ni bunyi nyer:

    "Ha si polan tu,masa sihat tak nak tutup aurat,tak nak solat,tak nak baca qur'an....dah sakit baru nak ingat aurat nak rajin solat dan nak baca qur'an"

    Saya dengar masa tu saya jawab:
    "Astraghfirullahal 'azim"-ok la tu at least sakit dia ingat nak buat....kalau sakit pun tak ingat nak buat apa citer?"-

    Semua terdiam dengan kelancangan saya menjawab...opsss dah terlepas.


    Utk kes di atas pula....doakanlah ada sinar di esok hari:)-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..