Hijrah 3: The More It is Laden, The More Its Drop


Saya beli 2 helai tudung bersaiz double XL

Try di rumah

Yang pertama senyum gembira ialah encik suami

Katanya, double XL lebih baik!

Saya setuju..

Biarlah kita jadi padi

The more it is laden, the more its drop

Makin lama, makin labuh tudungnya

Tak gitu? Baru ada perkembangan positif

Bukan sebaliknya..kan?

Sahabat sepejabat terkadang nampak memberikan pandangan kedua

Juga head turning

Mungkin perasan akan kelabuhan tudung saya

syukur tiada elemen riak ditunjukkan

walau makin labuh

maintain kemas dan senang mata memandang

dan maintain trendy..

Tak minat ortodok dan tradisional sangat

Yang penting saya yakin dan selesa serta rasa bertambah selamat

Sekarang saya mula faham

Tentang suatu perkara

Saat saya bertudung saiz M dan L

Saya lihat orang tidak bertudung..

Dan yang bertudung saiz s

..sebagai kurang baik dari saya

Saya lebih baik dari mereka

Pastinya saat itu

Orang yang bertudung XL dan double XL

Memandang saya kurang baik dari mereka

Dan mereka lebih baik dari saya!

kesian kan umat kita berminda sebegini?

bukankah kita patut lebih understanding

..dan supportive?

supaya dalam kalangan kita yang bertudung..

sudah ada bond yang kuat

aura islami yang kuat

tahukah kita

yang tidak bertudung diluar sana

memandang kita kolot?

old fashion!konsevatif, ortodox, traditional dan macam-macam lagi

ikhlaskanlah..

yang penting,,konsep dan method perlu betul

ingat...

niat tidak menghalalkan cara bukan?


Memanglah siza does matter

Tapi sepatutnya

Kita tidak patut dan tidak layak menilai

Kerana hak nilaian itu milik Allah!

Itu yang saya belajar!

Now, mari doakan untuk semua muslimah

Biar apa pun keadaannya, bertudung, atau saiz apa pun tudungnya

Moga diberi taufik dan hidayah juga rahmah dari Allah

Senantiasa!

Amin!

Pastinya Dia adalah punca kronologi tudung double XL saya ini.

Doanya, moga tetap ISTIQAAMAH dan IKHLAS!

Terima kasih Allah, encik suami, family and ukhtie for your good company.

I really hope to be a good bonda to my 2 princess

..and instill them with good values, amin!


salam mesra @ roseLangkawi, blaque villa homestay ;langkawi

Comments

  1. Alhamdulillah..summa alhamdulillah...summa alhamdulillah.

    Juz to share my experience:Saya mula pakai tudung labuh form 4 sampai lah ke saat ini.Walaupun ada ketikanya org lain melihat tudung yg saya pakai labuh,tetapi kdg2 ada tudung yg saya rasa singkat.Tapi...bila org lain yg memakainya saya nmpk ok pulak....Maknanya,saya yg dah terbiasa saiz itu.Macam makan nasi ayam...org lain makan nasi bersama sup,saya cuma makan nasi dan ayam dulu,sup dikemudiankan.Tapi saya tengok org lain makan sup bersama2 nasi ok je.Cuma saya yg tak biasa....

    Saya berkawan dgn kawan yg free hair....yg tudung saiz S...yg tudung saiz M....dan lain2 saiz....Saya tak pernah menyebut supaya yg free hair pakai tudung atau yg S tukar M atau M tukar L,XL atau XXL....Namun,kebykn kwn2 sy itu sudah bertudung...sudah menukar saiz....Saya sangat percaya,dengan yg bernama sahabat, dakwah bil hal serta doa itu lebih baik berbanding bil lisan.

    Semoga Allah membantu kita:)-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..