Hijrah 2: Double XL lebih baik

sumber:sekadar hiasan

bila bekerja di KUIS, saya teruskan teknik bertudung lilit

Walaupun memang ada kontroversi

Maklumlah, Kolej Islam…

Saya istiqamah bertudung lilit

Tapi yang pasti ia syari’e

Labuh melepasi dada, di atas pusat,

tidak jarang dan tidak nampak rambut serta perhiasan lain

Cuma teknik dan gaya yang berbeza

Saya kekal walaupun ada teguran

Pada saya, biarlah saya ikhlas dan tahu apa yang saya buat

Bagaimana tudung saya, itulah saya

Bila berkahwin

Suami suka cara saya bertudung

Walau family suami semua bertudung labuh

Saya selesa jadi diri sendiri

Bila ada anak 2..

Minat pula nak labuhkan lagi tudung

Tudung tetap berbelit, Cuma kelabuhannya ditambah

Maklumlah, body pun dah banyak penambahan

Lagipun,,konsep asal, bukankah lebih banyak itu lebih baik?

Jadi..lebih labuh, lebih baik bukan?

Minat tengok ukhtie pakai tudung surayya swing

Labuh sampai pinggang

Sebelum ni saya Cuma pakai saiz M atau L

Bila try XL..eh lebih selesa rupanya

Terasa sangat terpelihara

Secure sangat-sangat

Dan rasa lebih confident

Saya sangat suka feeling macam ni...

bersambung.....


hijrah tudung @ roselangkawi, blaque villa homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..