Hijrah 1: Evolusi Tudung Drift

My Sweet Little Iman with her tudung

Pengalaman bertudung diterapkan bonda seawal saya tadika

Sebelum tu saya belum ada memori

Bonda selalu bawa saya ke masjid untuk solat jemaah

Juga aktiviti-aktiviti keagaamaan dan kemasyarakatan

Sehingga ada yang panggil saya ustazah comel

Mungkin sebab bonda selalu kenakan tudung pada saya yang memang dah sedia comel =)

Alhamdulillah, bak kata orang

Tudung tu lekat lah pada saya

Sejak darjah 4 saya dah bertudung ke sekolah

Secara observed dan konsisten!

Bila ke sekolah menengah

Saya dah pakai tudung di sekolah dan di luar sekolah

Bukan hanya sebagai uniform semata-mata

Jauh sekali sebagai fesyen

Pasti bonda yang telah letakkan konsep yang betul tentang bertudung

Bila masuk UIA

Pasti saya lebih observe dan faham tentang arena pertudungan

Tapi saya memilih untuk kelihatan agak stylish dan trendy

Saat kawan-kawan pakai tudung 4 segi

Saya dah mula guna tudung lilit

Dan dah memang jadi trademark

Sebelum Wardina bertudung lagi..


end of part 1: jumpa lagi

regards: fizarose

http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..