Hari Jadi Yang Menjadi-jadi


11 Disember 2011, Surayya genap 3 tahun. Anak-anak kecil seawal satu dan dua tahun selalu demam bila umur bertambah. menjengah setahun pertama, anak-anak kerap demam, kata orang tua, demam naik umur. saat itu terasa fragile sikit dan banyak tumpuan diberikan pada si kecil. doktor kata sistem imune baby belum matang dan sebab tu banyak imunisasi diperlukan.tambah pada saat ini, virus dan bakteria dah banyak mutate dan pintar, jadi makin banyak la cucuk sana sini. jika skip, alamat kena sound dengan doktor!(ada sahabat yang punya anak 9 tapi tidak pernah ambil sebarang imunisasi untuk anak-anak...boleh macam tu?)

Surayya genap tiga tahun, pada hari jadinya, sikapnya menjadi-jadi!nampak sangat peningkatan umurnya. tapi dia demam dan jadi cengeng! harap kecengengannya hanya sementara. kalau berlarutan, jadi masak kita dibuatnya. mungkinkah ini tanda sindrom anak kedua? yang dikata-kata; anak kedua ni lain...(saya sendiri adalah anak kedua,,memang lain,,heee)

Pesan Buat anak...

Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

Comments

  1. berkongsi hari lahir rupanya.. :))

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, thn lepas kan ustaz ada bagi doa utk surayya, siapa yang dah tua ni?lupa ya..milaad saed ya akhie!

    ReplyDelete
  3. hik hik.. kalau diulang2 berkali2 lagi elok.. proses pengukuhan namanya :))

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun suraya.Selamat ulangtahun a pie.

    ReplyDelete
  5. terima kasih akhie wa uktie, ukhwah fillah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..