The Ghost is Haunting Me!


urusan ini belum siap lagi..yang itu pun belum lagi,,tapi urusan yang satu lagi tu maha penting dan sudah sekian lama ditinggalkan. bila ditinggalkan semacam ada bukit batuan di atas batu jemala. aduh...

makin lama ditinggalkan makin ada semacam perasaan bersalah dan tak setel di hati. perasaan bersalah makin bertambah dan bertambah. lama-kelamaan ia seakan menjadi ketakutan sebab dah lama sangat tidak diselesaikan.

patutlah jika ada perasaan sebegitu, terasa hidup dihantui, hantu bayang-bayang sendiri! hantu sebegini lebih menakutkan daripada hantu sebenar seperti dibayangkan. perasaan takut itu pun semacam.

hanya satu cara mengatasi masalah hantu ini. perlu hadapi dengan bersemuka. bersemuka dengan masalah dan selesaikannya!

dengan menyelesaikan masalah ini..ia pun masalah buatan..jika tidak ditinggalkan. .dibiarkan selama ini,,tidaklah ia bertapa sebegitu lama dan tak siap!dan tidaklah mendatangkan masalah..

saya perlu kuat, hadapi maslaah ini, supaya hantu yang menghantui itu boleh menghilang dan tidak kembali lagi.

nampaknya saya kena jadi ghost buster untuk menghambat jauh the ghost that haunting me!

kau boleh rose!

regards:roselangkawi@langkawi blaque villa homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..