Daulat Tuanku!


Memang gembira tatkala teringat dapat balasan kad raya Kuning yang cantik dari Istana Anak Bukit. walau tahu bukan baginda sendiri yang tulis, tapi siapa tak bangga dapat balasan kad raya yang begitu cantik. itu rutin saya setiap tahun bila aidilfitri menjelang tiba. tanda kasih pada penaung petala negeri Kedah Darul Aman.

sejak kecil di sekolah, kami dibiasakan dengan lagu negeri Kedah dan gambar tuanku berdua pasti ada di belakang buku tulis kami. takkan bisa kulupakan semu itu.

ini adalah lambang Malaysia sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan sedang menjalankan fungsinya.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Daulat Tuanku!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..