The Chronicles of LIMA '11


PAMERAN UDARA DAN MARITIM ANTARABANGSA LANGKAWI (LIMA 2011) sedang rancak di Langkawi (6-11 Dec 2011).

Dikhabarkan hampir 80 ribu pengunjung membanjiri pulau mahsuri ini. dan buat kesekian kalinya, saya hanya mampu meninjau dari jauh perkembangan LIMA kali ni, kerana masih belum berkesempatan dan berkelapangan balik kampung menyaksikan acara 2 tahun sekali ini.

sungguh sayang, tapi apa nak buat, bukan rezeki agaknya. tapi perkembangan LIMA hangat diperkatakan media dan semua blogger (Langkawi Bloggers terutamanya). banyak gambar menarik jika kita google.

kata bonda, seawal 7 pagi, orang ramai telah membanjiri Bukit Cengkuan (look out point) yang merupakan spot terbaik menyaksikan panaromik LIMA dari atas bukit. dan jika saat itu jet pejuang berlegar di udara, macam nak pecah telinga sebab jet seakan seinci di atas kepala. pasti bukan saja sakit telinga selepas itu, mungkin juga sakik tengkuk dek mendongak melihat pertunjukkan aerobatic!jangan juga lupa bawa teropong dan pakai sun block untuk kesihatan kulit dan supaya tidak tan!

jika berpeluang ke LIMA, pasti tak dapat dilupakan kebingitan suara jet-jet pejuang di ruang langit Langkawi. seingat saya pada LIMA' 01 dulu. banyak kerbau lembu mati bergelimpangan dek kejutan bunyi jet. tapi bila LIMA' 11, semua dah ok...Langkawi dah maju, alhamdulillah

cerita abah di pagi 6 dec selepas solat subuh. ada tetamu LIMA yang mungkin telah bermalam di masjid mungkin tak dapat nak cari hotel/chalet/homestay yang dah mungkin fully-booked lebih awal, bertanya abah di kedai kopi:

pakcik tahu tak di mana ada bilik/ rumah sewa?
dapat tidur semalam pun jadilah...

kesian...tapi homestay abah pun dah penuh, fully booked!

jadi, pesanan dari penaja, jika nak makan angin atau bertandang ke Langkawi, adalah dinasihatkan supaya prepare, plan dan ada contact. jika walk in pada musim bukan puncak, mungkin masih ada tempat, tapi jika pada musim puncak seperti cuti sekolah dan LIMA, tolonglah book lebih awal...sebab tempat mungkin terhad dan jika ada pun, harganya baik punya!

untuk lawatan anda seterusnya, sila simpan nombor contact ini, mana tahu ianya berguna...

homestay saya (tetap rm 150 sehari/semalam walau pada musim puncak):
http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/
012-310 6096

untuk kereta sewa, sila klik di sini

lagi cerita tentang LIMA '11, klik di sini

jom ke Langkawi!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..