Sudah jadi Tauke Homestay Langkawi


Alhamdulillah..
berkat perkembangan industri pelancongan langkawi
dapat juga kami merasai nikmat pembangunan
setelah sekian lama Langkawi diisytiharkan pulau bebas cukai
baru sekarang kami ada modal dan kekuatan untuk venture sikit dalam industri yang melebar ini
khabarnya pelan perancangan pelancongan langkawi kian rancak
mudah-mudahan orang tempatan dapatlah merebut peluang
dan diberi peluang...ermmm

nak dicerita..
di langkawi ni
orang tempatan yang kaya raya
mungkin dari golongan yang dah sedia kaya
dah ada modal
dah ada jalan
ringkasnya, ia adalah legasi
yang diturunkan dari generasi ke generasi
seperti HIG (Haji Ismail Group), Haji Din (just to mention a few)

yang lain seperti family kami
yang legasinya petani
mungkin progressnya agak lambat
maklumlah tiada modal

generasi kami perlu belajar pandai
masuk universiti
bekerja, kumpul duit
barulah dapat stand!

alhamdulillah
sekarang ni bolehla dicuba homestay
itupun setelah sekian lama kawan-kawan asyik bertanya
orang langkawi, takde chalet/homestay/hotel ker?

nah, sekarang, abah (Hj Mat)
sudah ada rangkaian homestay di Langkawi
bagi handai taulan yang ingin ke homestay kami
harga dijamin berpatutan, bersih dan selesa

jom menginap di..
Hj Mat's Homestay langkawi Malaysia RM150 019-449 8999
Langkawi BlaqueVilla Homestay langkawi, Malaysia RM150 012-3106096

silalah contact jika ingin ke langkawi atau simpan entry ini untuk rujukan serta uar-uarkanlah kepada seluruh warga ya!

Salam Langkawi Indah!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..